Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 2 December 2011

DRI Minum Petang Bersama Pemimpin IPTA #PAUMNO


Dalam kesibukan sebagai Timbalan Menteri Belia & Sukan, Dato' Razali Haji Ibrahim yang lebih dikenali sebagai DRI yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia masih sempat meluangkan masa untuk bersama pemimpin-pemimpin IPTA untuk Program Ramah Mesra & Minum Petang Pemimpin IPT bertempat di PWTC.

Turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz. Tidak ketinggalan turut hadir sama sebagai tetamu jemputan adalah Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Tuan Haji Khairi Malik.

Dato' Razali menekankan dalam ucapannya kepentingan mahasiswa IPT adalah belajar dan berjaya dalam bidang yang dipelajari. Berpolitik bukannya tidak boleh tetapi sebagai mahasiswa apa tanggungjawab paling utama.

Pelbagai persoalan dilontarkan oleh wakil pemimpin IPT kepada Dato' Razali meliputi isu semasa dan isu hangat seperti isu Bersih, AUKU, pemimpin Pemuda harus turun padang berjumpa mahasiswa dal pelbagai isu lain yang membelenggu pemikiran pemimpin mahasiswa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers