Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 15 December 2011

Pemimpin Tertinggi Pas Pening Kepala Bila Hassan Ali Ada Support Dari Pemuda Pas...


Sejak seminggu dua ini Kulaan memerhatikan isu Hassan Ali menjadi "perhatian" dalam dunia politik tanah air bila Hassan Ali tidak akan dicalonkan namanya sebagai "Calon Pilihan Raya (PRU) Ke 13" nanti oleh Pas Selangor dan mendapat restu pula daripada Pas Pusat. Pelbagai cerita dan spekulasi yang timbul berhubung 'isu panas' ini sama ada di ruang siber atau media arus perdana tidak kira daripada kerajaan atau pembangkang.

Hari ini, apabila Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hasan mengeluarkan kenyataan bahawa pemuda Pas akan memberi sokongan dan akan sentiasa berada di belakang Hassan Ali menyebabkan pemimpin tertinggi Pas Pusat pening kepala terutama kumpulan "Erdogan" dan penyokong DAP dalam Pas yang mahu Hassan disingkirkan kerana beliau dilihat menjadi 'batu penghalang' kepada DAP untuk mempengaruhi Pas terutama dalam isu-isu yang melibatkan agama.

Nasruddin berkata demikian sebagaimana kenyataannya yang dikeluarkan oleh UtusanOnline hari ini sebagaimana dipetik :



KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dewan Pemuda Pas Pusat akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.
Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.
Beliau berkata, sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.
‘‘Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.
‘‘Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya, kelmarin.
Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).
Nasrudin berkata, prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.
Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.
baca selanjutnya Di Sini

Suasana yang semakin meruncing dalam saf kepimpinan Pas Selangor dan Pas Pusat ini jelas mula kelihatan semenjak Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden Pas di mana menurut khabar-khabar angin beliau merupakan salah seorang golongan 'Erdogan' yang menjadikan Pas mempunyai dua puak iaitu golongan ulama' dan golongan Erdogan ini. 

Sudah tentu dengan kenyataan berani Ketua Dewan Pemuda pas ini memberi tamparan hebat kepada pemimpin tertinggi Pas Pusat dan sesuatu harus dilakukan kerana kenyataan Nasrudin ini sudah pasti akan mencalarkan kredibiliti Pas yang sememangnya sudah diketahui semakin menurun popularinya gara-gara tindak tanduk pemimpin Pas sendiri seperti Mat Sabu dan Nik Aziz yang sudah tua bangka masih mahu memegang jawatan "Menteri Besar".

3 comments:

  1. Terima kasih tuan tanah di atas kupasan yang menarik. Diharapkan tuan turut dapat mengupas berkaitan isu kedudukan terkini Indeks Persepsi Rasuah bagi Malaysia. Semoga ianya dapat membuka mata semua pembaca. Selamat berjuang....

    ReplyDelete
  2. Nasruddin terpaksa mengeluarkan kenyataan itu kerana bimbang Dato hassan Ali beralih ke UMNO, kerana ramai peminat Hassan Alai yg nak beliau ke UMNO sebenarnya.. sori bro!

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas komen dan pandangan saudaraku sekalian...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers