Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 20 January 2012

Mulut Tony Pua Dan Saifuddin Nasution Ternganga Dengar Penjelasan @zahidhamidi_my


Pelbagai pertikaian dan dakwaan penyelewengan yang dibangkitkan pihak pembangkang berkaitan pembelian aset pertahanan negara termasuk enam unit Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM9b akhirnya terungkai.

Wakil pembangkang Tony Pua, Saifuddin Nasution, Dzulkefly ternganga apabila mendengar penjelasan dan penerangan yang dibuat oleh KSU Kementerian Pertahanan bersama Panglima Angkatan Darat, Laut dan Udara serta Menteri Pertahanan sendiri.


Penjelasan dan penerangan yang begitu detail dan telus hingga membuatkan terpacul daripada mulut Saifuddin Nasution "crystal clear" yang turut bersetuju bahawa pemerolehan ATM tidak lari daripada landasan yang sepatutnya dan tidak mempunyai unsur-unsur penyelewengan dan rasuah seperti yang digembar-gemburkan pembangkang.

Perkara yang sama juga berlaku kepada Tony Pua apabila akhirnya beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan memuji Menteri Pertahanan itu yang sudi mengadakan pertemuan bagi merungkai masalah yang dibangkitkan pihaknya sebelum ini.

Menurut Zahid, cadangan pembelian enam kapal bernilai RM9b itu dibuat TLDM sejak 2008 lagi. Peruntukan RM6b diberi oleh kerajaan melalui RMK10 dan baki RM3b akan diberikan semasa RNK11.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah ahli BNBBC terdiri daripada MP Kinabatangan Bung Mokhtar, MP Rembau Khairy Jamaluddin, MP Hulu Selangor P. Kamalanathan serta MP Kota Belud Abdul Rahman Dahlan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers