Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 20 January 2012

PKR Bunuh PAS Secara Tersusun???...


Baru sehari wakil PAS Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, parti Kita Kedah mendakwa parti Islam itu  terlalu tunduk kepada PKR.

"PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini," kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.

Beliau mengulas pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco di Istana Kayangan, Shah Alam semalam.


Adun Sijangkang itu menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS baru-baru ini.

Bagaimanapun, portfolio Hal Ehwal Islam, Insfraktur dan Kemudahan Awang yang sebelum ini dipegang Dr Hasan telah diambil oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Wan Rosli mendakwa PKR seakan tidak lagi mempedulikan pandangan serta dengan sewenangnya boleh campur tangan dalam hal "rumah tangga" PAS.

"Perbuatan sebegini juga berlaku di Kedah  tapi tidak seteruk Selangor, kerana Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya  mengekang anasir-anasir dalaman."

"Jika PAS terlalu tunduk pada PKR, Kita Kedah percaya ahli PAS akan beralih sokongan terutamanya di negeri Selangor," tambah beliau. -FreeMalaysiaToday

1 comment:

  1. tak faham kenapa PAS masih memberi kepercayaan kpd PKR & DAP. PAS, WAKE UP!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers