Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 11 February 2012

Kedai Rakyat 1Malaysia bakal dibuka di serata Perak pada 2012


Sekurang-kurangnya 59 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di seluruh Perak, sepanjang tahun depan bagi meringankan beban hidup rakyat berpendapatan sederhana dan rendah negeri ini.

Hasrat itu diluahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang sudah mengarahkan pegawainya untuk mengadakan perbincangan dengan pengurusan KR1M bagi meneliti cadangan itu.

"Sebagai permulaan, sebanyak lima premis KR1M yang berkonsepkan pasar mini itu sudah beroperasi di lima daerah iaitu Parit Buntar, Teluk Intan, Bidor, Manjoi di Ipoh dan Taman Seri Maju, di Bagan Serai."

"Kita seboleh mungkin mahu semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah KR1M yang menjadi alternatif rakyat membeli barangan keperluan harian."

"Pada masa sama, kerajaan negeri akan memberi galakan kepada kedai runcit sedia ada khususnya di pedalaman bagi mengikuti program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)," katanya.

Zambry berkata, terdapat 23 kedai runcit di Perak yang menyertai program TUKAR dan berdasarkan maklum balas diterima sambutan di kalangan masyarakat menggalakkan.

"Bagaimanapun diharapkan semua premis yang mengikuti program ini memberi khidmat terbaik kerana objektif utama pelaksanaannya adalah membantu rakyat berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan keperluan mereka pada harga berpatutan," katanya

Sumber : PerakBN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers