Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 27 April 2012

Tazkirah Jumaat : Segala Kengsaraan Atau Kenikmatan Di Dunia Ini Hanyalah Sementara Sahaja...


Assalamualaikum sahabatku sekalian. Tazkirah untuk renungan kita pada pagi ini membicarakan tentang kenikmatan atau kesengsaraan didunia ini bersifat sementara sahaja. Apa yang dinyatakan ini untuk kita memperingatkan diri anda bahawa nikmat syurga juga adalah yang kekal selamanya. Renungkanlah dengan tazkirah ini...
----------------------------

SEGALA KESENGSARAAN ATAU KENIKMATAN DI DUNIA INI HANYALAH SEMENTARA SAHAJA

Jika selama di dunia ini anda kebuluran, jatuh miskin, sentiasa dilanda kesedihan, mengidap penyakit yang tidak kunjung sembuh, selalu mengalami kerugian atau diperlakukan secara zalim maka peringatkan diri anda pada nikmat syurga yang kekal selamanya.

Apabila anda betul-betul meyakini jalan ini dan mengamalkannya dengan benar, nescaya anda akan mampu mengubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat.

Orang yang paling berakal ialah orang yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya. Sebaliknya, manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai segalanya; tempat dan matlamat akhir dari semua harapan. Justeru, tidak menghairankan kalau anda mendapati mereka paling gelisah ketika menghadapi sesuatu musibah dan juga paling mudah hanyut dalam penyesalan sewaktu malapetaka meragut semua kepunyaan mereka.


Itu semua sudah tentu disebabkan mereka hanya mementingkan tiap-tiap sesuatu yang berkaitan dengan urusan hidup dunia yang sangat singkat, fana dan tidak bernilai ini.

Wallauhua'alam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers