Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 18 July 2012

Agihan Kerusi Parlimen - DAP Halang Cita Anwar Jadi PM


DAP sekali lagi menghalang impian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ini katanya, berikutan dominasi DAP dalam pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

DAP dilaporkan akan meletakkan calonnya di 90 kerusi Parlimen manakala PAS dan PKR masing-masing 60 kerusi, sepertimana didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Pengagihan tersebut jelas memberi kuasa majoriti kepada DAP jika pakatan pembangkang memenangi PRU ke-13 dan sekaligus hasrat mereka mahu melantik bukan Melayu sebagai Perdana Menteri akan tercapai," tegasnya.

Justeru katanya, impian Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk menjadi Perdana Menteri akan berkubur.

Sambil menyifatkan DAP sebagai 'duri dalam daging' kepada Anwar, Syed Ali berkata Ketua Pembangkang itu sebenarnya tidak mempunyai kredibilti untuk diangkat sebagai pemimpin.

Menurutnya, pembahagian kerusi itu juga membuktikan DAP tidak pernah ikhlas terhadap sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, iaitu PKR dan PAS.

"DAP hanya menjadikan PKR dan PAS sebagai keldai politik bagi menghadapi pengundi Melayu pada pilihan raya akan datang," ujarnya.

Sebelum ini kata Syed Ali, Karpal Singh pernah berkata bahawa cita-cita beliau ialah mahu bukan Melayu (DAP) dilantik sebagai Perdana Menteri.

"DAP tidak ada cara lain untuk mematikan kerjaya politik Anwar, kecuali menggunakan PRU ke-13," tegasnya lagi.

Oleh sebab itu katanya, berdasarkan pembahagian kerusi Parlimen mengesahkan bahawa DAP sememangnya mahu menyekat cita-cita politik Anwar.

"Secara tidak langsung impian besar Anwar untuk menjadi Perdana Menetri awal-awal lagi telah dihalang oleh DAP," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Mohd. Najibh Tun Razak bahawa pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri mesti bebas daripada masalah moral.

Katanya, penjelasan Perdana Menteri semalam sekaligus menmbuktikan bahawa negara ini hanya memerlukan pemimpin yang berhemah dan berwawasan, bersih daripada gejala moral dan tidak bersifat pengecut.

"Najib tidak sebut siapa orang itu, tetapi pada hemat saya pemimpin yang sering dilanda musibah dengan masalah moral yang menjijikkan adalah Anwar," tegasnya.


Mengenai desas-desus Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail akan bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, Syed Ali berkata Presiden PKR itu sepatutnya memilih jalan untuk berundur bersama suaminya daripada politik.

"Pasangan suami isteri itu merupakan liabiliti kepada perpaduan umat Melayu di negara ini," katanya.

Anwar dan Wan Azziah kata beliau lagi,sepatutnya terlebih dahulu membersihkan diri mereka daripada segala 'kekotoran' akibat pelbagai isu yang berlaku.

Syed Ali juga menolak tuduhan Anwar bahawa senjata UMNO semakin tumpul untuk berdepan dengan pembangkang pada PRU akan datang.

"UMNO bukan hidup atas isu politik, sebaliknya berusaha untuk membangunkan negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat," jelasnya.

Beliau menempelak Anwar kerana menggunakan platform politik untuk menyebarkan fitnah dan berbohong kepada rakyat.

1 comment:

  1. KEPADA RAKAN2 SEMUA, DLM PRU13 NANTI PASTIKAN TIDAK UNDI CINA DAN PEMBANGKANG...

    tidak akan ada perkataan membantu org melayu kalau cina DAP berkuasa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers