Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 7 January 2013

Akhirnya DAP Akui Kesilapan Memalukan!!!!...


Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengakui kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan DAP baru-baru ini memalukan parti berkenaan.

Beliau juga mengakui kesilapan berkenaan secara langsung meletakkan DAP kini dalam serangan musuh politik parti berkenaan.

"Musuh politik kami mungkin melihat ini sebagai satu kelemahan.

"Namun pemimpin DAP bersedia bertanggungjawab dan membetulkan kesilapan tidak kira betapa ia memalukan," dakwanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, DAP menerima perletakan jawatan oleh pegawai pemilihan parti, Pooi Weng Keong.


Menurutnya, Weng Keong bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan teknikal yang menyebabkan keputusan salah pada pemilihan parti itu.

Namun, katanya, DAP tidak akan mendengar `syarahan' tentang etika, integriti dan moral daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) berikutan insiden itu.

Bagaimanapun dakwanya, DAP rela menerima akibat daripada berlaku jujur serta menerima kritikan daripada umum.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers