Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 10 January 2013

Kalimah Allah: PAS Diambang Perpecahan Atau Drama???...


Kepimpinan tertinggi PAS kini sedang melalui fasa yang getir apabila dilihat berpecah kepada dua kumpulan berikutan wujud fahaman yang berbeza berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara umumnya bersetuju dengan penggunaan itu namun ia ditentang keras Dewan Ulama PAS.

Menurut Abdul Hadi;

Penggunaan kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.

"Penganut Islam pelbagai bangsa boleh tetap menyebut perkataan Allah apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.


"Selain itu Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Manakala Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.

Menurut Harun, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.

"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya.

Disebabkan kedua-dua pemimpin memiliki pengaruh yang tersendiri, PAS kini di persimpangan yang getir.

Namun, ada juga pihak-pihak yang melihat apa yang berlaku itu mungkin hanyalah drama oleh PAS yang sememangnya bersedia mengikut telunjuk DAP seperti biasa.

Lakonan itu hanya untuk memperlihatkan kepada penyokong kononnya PAS tidak menyerah dengan mudah dan ada kelompok dalam parti yang berusaha mempertahankan kalimah Allah.
Hanya masa akan menentukan sejauh mana suara Dewan Ulama adalah suara sebenar dan sejauh mana mereka sanggup pergi untuk benar-benar mempertahankan kalimah Allah.


Atau nanti kononnya ada pertemuan antara Presiden dan Dewan Ulama diikuti sidang media dengan penjelasan yang mengelirukan tetapi menjurus kepada persetujuan agar kalimah Allah digunakan agama lain. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers