Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 23 January 2013

Kalimah Allah: Anwar Mahu – PAS Tidak???...


PADA mesyuarat Majlis Syura PAS 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sayap tertinggi dalam parti berkenaan yang dianggotai 15 ahli, berpendapat menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata, sekali gus perlu dicegah.

Ketetapan itu yang turut melarang kalimah Allah diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, diputuskan pada mesyuarat di Ibu Pejabat PAS yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Datuk Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan"

Dalam kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat hampir dua jam berakhir 11 malam itu, Nik Aziz dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, berkata kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan," kata kenyataan berkenaan.

Mesyuarat terbabit dipercayai diadakan berikutan perbezaan pendapat antara pemimpin PAS dalam isu berkenaan.

Pada 2010, PAS bersetuju bahawa Islam tidak melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dengan syarat ia tidak disalah guna.


Bagaimanapun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Krismas, Disember lalu, mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu. Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Timbalannya, Mohamad Sabu sebelum ini dilapor menyokong perkara berkenaan dengan syarat tertentu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersama Haron dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara ahli Majlis Syura yang menyatakan pendirian mereka secara terbuka menentang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam.

Namun hari ini situasi 'kembali panas' apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Menurut Anwar, pihaknya juga tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.

"Soal isu ALLAH ini saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura Pas. Kita juga baca dan bincang kenyataan yang dibentang oleh Hadi Awang di awal dalam Majlis Pakatan Rakyat.

"Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

Persoalannya, sampai bila Pakatan Rakyat hendak terus-terusan berpolemik dalam hal yang sangat penting ini.

Kata-kata Anwar kononnya 'tidak menolak untuk sebarang perbincangan susulan' sebenarnya tidak lebih daripada ayat retorik semata-mata.

Kenapa tak bincang sekarang baru buat keputusan, kenapa sudah buat keputusan baru nak berbincang?
Ini bukan cari pemimpin yang bagus, ini cara seorang pemimpin yang hanya mementingkan dirinya semata-mata.

Bukan payah untuk menafsir keperibadian Anwar dalam kes ini.

Jawapannya sungguh mudah, beliau tidak mahu dilihat bersekongkol dengan Pas kerana ia akan mengundang rasa marah pemimpin dan penyokong PKR bukan Islam sedangkan sokongan golongan itu amat perlu bagi merealisasikan hasratnya untuk ke Putrajaya.

Pada masa yang sama, beliau tidak mahu dilihat 'rendah' dan hina oleh penyokong dan pemimpin Pas sendiri.
Sebab itu beliau berkata – menerima ketetapan Pakatan Rakyat tetapi tidak menolak untuk berbincang dengan Pas.

Pandai betul Anwar berdolak dalik, tetapi yang ruginya adalah penyokong Pakatan Rakyat kerana mempunyai  pemimpin 'talam dua muka' seperti beliau.

Ternyata lidah bercabang Anwar semakin terserlah dalam isu kalimah Allah ini.

Tak mengapa, mungkin bagi Anwar yang penting adalah jawatan Perdana Menteri Malaysia…bab lain itu 'small matter'.

Inilah wajah sebenar 'Pak Sheikh' yang dikagumi itu…terkejut?


Tidak sama sekali kerana itulah Anwar…DULU, KINI DAN SELAMANYA! 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers