Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 22 April 2013

Gempar!!! Pakatan Sudah Sokong BN Di Muar #P146??? @razaliibrahim @P146Muar


Pagi ni bertempat di Hentian Teksi Bandar Maharani Muar berlangsungnya satu pertemuan antara calon BN Muar, Datuk Razali bersama Pakatan Pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandar Muar.

Pertemuan empat mata selama sejam membuah banyak manfaat bila mana ahli "Pakatan" pemandu teksi berpeluang beramah mesra dan berkongsi masalah secara "direct" dengan Datuk Razali. Aduan yang disampaikan kepada Datuk Razali ada sebahagian daripadanya telah diselesaikan oleh Datuk Razali dan yang lain akan diselesaikan secara berperingkat.

Sebahagian ahli mendakwa ada sebahagian daripada ahli telah cuba dihasut oleh pembangkang dengan hasutan kebencian terhadap kerajaan BN termasuk memfitnah Ahli Parlimen Muar. Namun, kesemua ahli "Pakatan" menolak hasutan tersebut bahkan memberi sokongan yang jitu terhadap BN dan Datuk Razali.

Ada antara janji pihak sana kononnya jika berjaya menawan Parlimen Muar mahu bagi teksi bari sorang satu. Gila!!! Tak masuk dek akal. Macam-macam janji manis cuba ditaburkan kepada ahli "Pakatan" ini. Syukur semua ahli "Pakatan" tidak mempercayainya.

Lihat saja la apa yang dah jadi kepada Parlimen Bakri bila PKR memerintah. Pusat maksiat sepertu rumah urut dan pusat judi berkomputer tumbuh bercambah macam cendawan tumbuh. Keadaan ini masih lagi terkawal di Parlimen Muar di bawah pimpinan BN.











p/s : nak buat janji manis nie memang senang... nak tunaikan tu yang payah... baik sembang ngan dinding jer la...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers