Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 11 November 2013

Nama Sebenar Suspek Rompak AmBank Bukan Ardi… Tapi…


Nama sebenar suspek tembak pegawai Ambank bukanlah seperti yang tertera di Facebooknya iaitu Ardi Ode Putra Katela tetapi nama sebenarnya ialah Laode Ardina Laode Rasila.

Bermakna di laman sosial Facebook lagi suspek utama ini sudah mahu menyembunyikan identiti sebenarnya.

Nama sebenar suspek utama itu dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Khalid, kini polis sedang memburu rakan suspek utama kes itu yang dikenali sebagai Joemar disyaki turut bersubahat merancang kejadian rompak berkenaan.

Sementara itu, suspek turut menjadikan bangunan dan rumah kosong sebagai tempat dia bersembunyi selama kira-kira 19 hari ketika dalam buruan polis.



Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berakata suspek menyorok di beberapa bangunan seumpama itu sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

"Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran," kata Mohd Shukri.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers