Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 12 November 2013

PANAS!!! Siti Nurhaliza Nasihat KJ ‘Jangan Biadap’??? @CTNurhaliza11 @KhairyKJ


Apabila penyanyi terkenal tanahair, Datuk Siti Nurhaliza mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, ramai mengaitkannya dengan isu pergeseran antara Khairy dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak akhir-akhir ini.


Tak kurang juga melihat Siti sebagai melenting kerana Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah merupakan sultan di negeri kelahiran penyanyi tersebut.


Bagaimanapun dalam satu jawapan kepada Twitter pengikutnya, Siti memberi tanda bahawa kritikannya itu merujuk kepada tindakan Khairy meminta bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir agar tidak masuk campur urusannya sebagai menteri dengan FAM.

Sebelum ini Khairy pernah menyifatkan Jamal sebagai 'budak suruhan' FAM apabila pergeserannya dengan persatuan bola sepak tersebut dikritik Jamal namun dakwaan itu dinafikan.


Selepas penafian dibuat Khairy dilaporkan mengeluarkan pula kenyataan di media,

"Jika beliau bukan 'budak suruhan' FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur. Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!"

Dalam Tweet lain, Siti turut menegaskan bahawa pendapatnya itu dibuat atas kapasiti rakyat biasa yang memerhati.

Apa pun, semoga Khairy dan FAM dapat duduk semeja secepat mungkin bagi menyelesaikan segala kekeruhan demi kepentingan bola sepak dan sukan tanahair.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers