Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 25 November 2013

Siapakah Bakal Pengerusi Baru #UMB Baru @KhairyKJ @AzwanBro @tunfaisal


Hari ini mungkin teka-teki persoalan yang terbuku sejak dua bulan selepas Pemilihan Pemuda UMNO bakal terjawab. Siapakah bakal menggantikan Pengerusi Unit Media UMNO (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal yang telah menerajui UMB ini sejak tahun 2009.

UMB yang ditubuhkan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merupakan satu unit baru yang memainkan peranan membantu parti dalam perang media siber dan media sosial. Pelbagai onak dan ranjau UMB ini telah tempuhi sepanjang tempoh tersebut. Pelbagai pengalaman dikutip oleh mereka-mereka yang pernah berada secara langsung atau tidak langsung dengan UMB ini.

Secara suka atau tidak kita harus mengakui bahawa UMB telah berjaya melahirkan ramai pejuang-pejuang siber yang turut membantu mengimbangi penguasaan cybertrooper pembangkang termasuklah gua melalui kursus-kursus yang telah dibuat oleh UMB.

Bukan cerita pasal UMB sebenarnya mahu gua cerita panjang kali ini tapi siapakah bakal pengganti Tun Faisal. Adakah pengganti ini mampu untuk paling tidak setaraf kalau tidak lebih baik pun dari Tun Faisal dalam mengemudi satu unit yang penuh mencabar ini.

Pesanan gua buat bakal Pengerusi UMB yang baru "Good Luck" la dalam menerajui unit yang penuh cabaran ini terutaman bakal menerima kritikan tapi yang lebih banyak adalah "kena balun" nanti.

p/s : salute buat mantan Pengerusi UMB... Salute... Sampir Fir...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers