Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 13 December 2013

Panas!!! Kenyataan KP Wilayah @RazlanRafii Bikin SPAD Sentap??? @NajibRazak @KhairyKJ @AduanSPAD @SyedHamidAlbar


12 Disember 2013

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

KENAIKAN KADAR TAMBANG LRT

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna.

Warga Kuala Lumpur merupakan pengguna yang paling terbeban secara langsung akibat kenaikan kadar tambang ini. Ia tidak termasuk lagi dengan cadangan kenaikan tarif cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kenaikan kadar elektrik (TNB) yang sudah pasti terpaksa dihadapi oleh warga kota.

Sudah sampai masanya Kabinet memikirkan dan mendalami masalah serta bebanan yang terpaksa dipikul oleh warga kota apabila ada kenaikan seperti ini dilakukan oleh syarikat milik kerajaan.

Saya berharap agar pihak SPAD mencari inisiatif lain bagi menanggung kos operasi khidmat LRT.

Dalam pada masa yang sama, pihak berwajib haruslah mencari formula yang lebih efektif bagi menggalakkan orang ramai terutama warga Lembah Klang menggunakan perkhidmatan awam yang sedia ada dengan kadar tambang yang lebih murah.

Keberkesanan formula dan pendidikan kepada rakyat akan memberikan hasil positif buat semua pihak dan secara tidak langsung masalah kesesakan jalan raya pada waktu kemuncak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak warga kota mendesak cadangan kenaikan tambang LRT ini ditangguhkan sementara sehingga ianya benar-benar dirasakan relevan untuk dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama, saya menyeru agar tidak ada lagi 'mimpi ngeri' ditimbulkan kepada warga Kuala Lumpur yang melibatkan kos hidup mereka. 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

  1. Sekarang pun tambang pengankutan awam amat membebankan rakyat. Tambang itu dikira berpatutan andainya hanya anda seorang saja yang menggunakan berbanding memendu kereta. Bayangkan kalau anda berlima dari Rawang atau sungai buluh hendak ke Cheras. Naik bas ke KL dah RM 15 (RM3 x 5) lepas tu kena naik LRT lagi RM15 (RM3 x5). jumlahnya RM60 untuk perjalanan pergi balik dan bandingkan jika anda menaiki kereta berlima untuk perjalanan yang sama. Tidakah pihak SPAD membuka mata atau mereka ini tidak pernah pun menaiki perkhidmatan awam. Tak pernah pun Syed Hamid keluar dalam berita dia menaiki bas atau LRT diwaktu puncak sebagaimana arwah Tan Sri Yahya Ahmad lakukan semasa hayatnya sebagai pengendali bas Intrakota dulu tapi malangnya umurnya tak panjang. Kalau tidak sudah tentu tahap perkhidmatan bas akan lebih baik daripada apa yang kita nikmati sekarang

    ReplyDelete
  2. Sebelum PRU bunyinya lain ..selepas PRU lain pulak.. sebelum PRU tak pulak ckp harga minyak akan naik .. harga gula naik.. elektrik akan dikaji semula .. bla ..bla ..bla... bila lepas PRU jer adoiii... bagai2 yg nak dikaji, bkn untuk mengurangkan bebanan rakyat tp menambah beban ada laa .... walaupun aku sayang UMNO/BN tp ... aku rakyat bawahan.... jgn bagi alasan yang tak masuk akal pada rakyat....

    ReplyDelete
  3. Najib patut berundur dan beri peluang orang lain pula kerana anda sebenarnya gagal dan bebal

    ReplyDelete
  4. Kalau nak naikkan harga, boleh... untuk bukan warganegara untuk rakyat Malaysia harga masih sama. Baru Adil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers