Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 19 February 2014

Pelik Tapi Benar : @TonyFernandes Terkejut Beruk MAS Boleh Rugi Sampai RM1.17 Billion!!! @AirAsia @NajibRazak


Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu.

"Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.

Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.

"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.

"Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.

MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.

Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.

Fernandes bagaimanapun, mengkrtitik perbelanjaan MAS dan MAHB yang terus mendatangkan kerugian.

"Ia sepatutnya membawa keuntungan. Ia hanya menyusahkan ahli perniagaan yang baik di mana mereka berbelanja seolah-olah tidak ada hari esok," katanya.


Menurut laman web MAS, mereka mempunyai 88 kapal terbang termasuk Airbus A330s dan A380s serta Boeing 777-200s dan 737s.

Perbelanjaan MAS juga terus meningkat sehingga 10% tahun lalu kepada RM14.9 bilion berikutan kenaikan harga minyak.

MAS mencatatkan kerugian paling besar dalam sejarahnya pada 2011 iaitu sebanyak RM2.52 bilion bersih.


Bagaimanapun mereka berjaya mengurangkannya pada 2012 kepada RM433 juta. – The Malaysian Insider

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













10 comments:

  1. Aloo tony,lu nk compare dgn lu punya airasia dgn mas mana ada sama..lu punya airasia low class servis mcm sial,mas high class servis terbaekk mana boleh compare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aloo anonymous,, apa makna high class kalau rugi 1.17 bilion.. ingat bilion.tau bilion.bukan kecik anak. hang ni staf mas ke? klau hang staf mas harap hang keje la iklas skit.baru bleh bantu syarikat tempat hang kerja. banyak sstaf keje just nak gaji yang terbaik je tapi servis hampas.tolong nasihatkan sekali pengarah pengarah kat atas tu, jangan la tamak sangat, cukup la membebankn mas, (satu ketika mas kebanggaan negara)

      Delete
    2. aloo anonymous,, lu tau tak apsal mas banyak rugi? expenses utk BOD dan management team jak pun untung mas tak boleh nak cover! air asia, cost BOD dan management berapa kerat jer! itu pasal selalu delay dan menghilangkan deposit penumpang! mana tak untung bisnes penipu mcm nih! Australia pon dah blacklist air asia nih atas dasar tiada ektika dalam perdagangan!

      nak mas untung, senang jak. buang jak pak blah & family tu punya kompeni. mana-mana BOD atas dasar lantikan politik dan tidak berfungsi, bagi jak kat air asia! sure, untung giler punya!

      Delete
  2. Beli 100 k/terbang pun MAS tidak akan untung. Yang untung keroni keroni.

    ReplyDelete
  3. Dlm mas tu berlubok puak2 pembangkang....

    Syarikat penerbangan lain... cathy pasific... qantas... spork airline... bila rogi jaa buang pekerja...

    Tapi di mas lain... bila rogi jaaa... union dtg sembah pm janji mcm2 bg sokongan bla bla...guna kabel sana guna kabel sini...

    Bila pm setuju x yah struktur mas... x yah buang pekerja... union dan pekerja2 mas juga la yg tikam gomen semola...

    Apa taknya kalau nak beri kerja baru ke staf kene jumpa union dulu.... staff x bleh diusik... staff boleh berborak2 di kanten... hisap rokok berkepol2 asap... maki hamun kjaan...

    tampal keratan harakah dikanten... padahal pas x tolong satu habuk butir pon..

    kompeni glc lain staff multi tasking.... di mas buat satu kerja sampai pencen....

    gaji naik tiap2 taun.... x naik union jumpa menteri... cara kerja yg sama berpuluh tahun... procedur yg sama... manual yg sama.... tapi mengharapkan untung....

    mana bolehhh....

    mas kene buang union mereka kalau nak berjaya... pihak pengurusan kene restructure...terlalu byk dead wood... jenis x leh buat kerja melambak dlm mas tu...

    Naikkan org yg boleh buat kerja saja..... bos yg x tau buat kerja dan office politik terlalu banyak...

    konon utamakan senioriti .... tapi yg senior tu dah dead wood.... x buat kerja... dtg kerja hisap rokok berbual sampai balik...

    tapi bila nak gi travel meeting di indon...di aussie.... dia lah yg dulu nak pergi...lepas tu nak bwk semua geng2 dia....

    staff x paham pon yg kampeni tgh suffer... staff buat tak kisah... buat tak tahu... yg penting tiap2 bln dpt gaji... tiap2 taun gaji naik.... tiap2 taun travel.... buat kerja yg sedikit.... bila disuruh lebih mengadu pd union...

    union dtg tunjal kepala bos.... bos suruh pd staff 2-3 org yg boleh buat kerja saja laa... yg x boleh berpuloh2 dead wood melambak2 hisap rokok....berborak... gossip... pakai gincu tebal2 kerja cuma jaga inden unifom saja...hehehe

    alahaiii...... beri mas 10thn lg pon gerenti nasib x akan berubah ..



    ReplyDelete
  4. You're rite my fren 9.06. Berpuluh2 dead wood tu maybe you refer to one division. Actually in MAS they keep thousands of dead wood. MAS should consider to give them VSS or create an exit way for them.

    kg. pilot

    ReplyDelete
  5. setuju di mas memang lubuk pembangkang..sungguh malang mereka kerja dgn glc tapi bila demo pembangkang muka2 mereka2 lah yang kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun setuju!!! Dlm koperat jd penghianat kalau dlm Kerajaan jadi Penderhaka...tak effisyen langsung.. tak tahu bersyukur..dan tak takut mati pun.....neraka jahanmlah org2 camni.....

      Delete
    2. kerajaan harus rombak kembali struktur organisasi dan perjalanan syarikat MAS..kurangkan belanja,kuatkan promosi,beku kan pembelian kapal yang baru...saya setuju dengan pandangan bahawa union kadang kaal lebih mendatangkan masalah kepada syarikat.

      Delete
  6. pergi check dkt procument, spare part berapa dia orang mark up..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers