Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 21 March 2014

Selawat Perdana Putrajaya Mendapat Sambutan Umat Islam Malaysia!!! @NajibRazak #SelawatPerdana


Syukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnianya maka majlis keagamaan Selawat Perdana mendapat sambutan di luar jangkaan. Sejak lepas sembahyang jumaat lagi perkarangan Masjid Putra, Putrajaya tidak putus-putus dengan manusia yang mula membanjiri kawasan ini bersedia lebih awal untuk bersama-sama Pak Sheikh Habib dan sahabat-sahabat lain untuk bersama-sama rakyat Malaysia berqasidah dan berselawat ke atas nabi junjungan kita Rasullullah saw.

Meski pun majlis keagamaan ini mendapat kritikan dan dipandang negatif terutama macai-macai pembangkang namun kuasa Allah mengatasinya bila mana ribuan umat Islam mula hadir membanjiri kawasan Dataran Putra meski pun hujan renyai-renyai mulai turun. Sikap negatif macai-macai pembangkang yang terdiri dari umat Islam sendiri yang menabur fitnah kononnya majlis ini adalah sesuatu perkara bidaah yang tidak pernah dilakukan di zaman nabi. Begitu dangkal pemikiran mereka dan begitu cetek ilmu agama hingga tidak mengetahui bahawa bidaah hasanah adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.



Hasil temubual dengan beberapa pengunjung yang hadir ada yang menyatakan mereka datang dari luar Lembah Kelang seperti dari Johor dan utara tanahair. Kehadiran mereka ke sini dengan hanya satu nawaitu bersama-sama umat Islam lain untuk bersama-sama bersalawat ke atas Rasullullah nabi dan rasul kesayangan kita. Bahkan mereka amat gembira dengan penganjuran majlis keagamaan seperti ini sambil memohon umat Islam yang lain turut hadir sambil mengenepikan perbezaan ideologi politik buat seketika.

Marilah kita sama-sama merapatkan saf agar agama Islam kita lebih kuat apabila umatnya bersatu dan mampu menentang musuh Islam terutama kafir harbi.... takbir.... Allahu Akhbar...

4 comments:

  1. salam..pagi keje saya terjah blog pasal selawat smlam.hihi. Alhamdulillah pegi smlam..sy pun ada pengalaman menarik smlam. pegi dgan kawan kenal kat fanpage selawat perdana. sama2 takde geng. pastu bila dah jumpa macam2 plak psmaan. orang pahang, umur sama, sama2 sakit gg.haha. then ada singgah satu tandas awam kat putrajaya tu terserempak rombongan makcik2 dr bera pahang..masyaAllah respek diorg datang jauh krana Allah dan Rasul. Kecoh btul diorg smalam kat tandas.kelakar.hihi

    ReplyDelete
  2. Salam utk semua,

    Astaghfiruallah, apa sudah jadi dgn umat dan ulamak Islam ni? Mana perginya JAKIM? kenapa biarkan kerja-kerja mensyirikkan Allah SWT, menDUAkan Allah SWT ini berleluasa? Wahai para penduduk putrajaya, tunggulah bala dari Allah SWT!!!

    Allah murka dgn umat Nabi Isa sbb mereka tlh menTIGAkan Allah SWT, mereka telah mensyirikkan Allah SWT. Sekarang para ulamak Islam cuba mensyirikkan Allah SWT dgn mengangkat Nabi Muhammad setaraf dgn Allah SWT, mereka kata tanpa syafaat Nabi Muhammad mereka tdk akan masuk syurga, mereka kata Nabi Muhammad adalah kekasih Allah, lebih mulia dari Nabi Isa yg hanya anak Allah.

    Bertaubatlah para ulamak dan umat Islam, hentikanlah perbuatan syaitan mengkristiankan agama Islam ini.

    ReplyDelete
  3. hey ... Allen Sulong , kau faham ke tak apa yg kau tulis nie .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers