Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 26 August 2014

Nak Majlis Solat Hajat Sederhana Jer Tapi Dihadiri Lebih 5,000 Orang!!! @NohOmar


Satu program solat hajat yang diadakan untuk menyelamatkan negeri Selangor disasarkan untuk diadakan secara sederhana tetapi tiba-tiba dibanjiri ribuan rakyat Selangor yang masih sayangkan negeri mereka.

Negeri itu yang disifatkan yang paling kaya di Malaysia pada ketika ini sedang dirundung kemelut politik berkaitan kedudukan Menteri Besar yang kini cuba dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PKR mahu menamakan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diletakkan sebagai Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid.

Program berkenaan dihadiri lebih 5,000 jemaah dalam majlis Solat Hajat Selamatkan Selangor dan Menjunjung Titah Duli Tuanku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam.

Majlis itu dianjurkan oleh Ikatan Kebajikan Dakwah Selangor (IKDAS) yang turut mendapat kerjasama UMNO Selangor, bertujuan mendoakan negeri itu terus kekal aman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata program itu diadakan untuk mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta seluruh rakyat Selangor.

“Walaupun ada sedikit kesulitan untuk mengadakan program yang berunsurkan keagamaan ini tetapi ia tetap berjalan dengan lancar.

“Dengan apa yang berlaku ini, kita semua perlu mengambil iktibar, bila berlakunya pecah belah disebabkan politik, nak adakan program keagamaan pun susah serta ada pihak yang membantah,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers