Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label TPM. Show all posts
Showing posts with label TPM. Show all posts

Sunday, 21 April 2013

Panas!!! Pengundi Cina PKR Pakat Sokong Calon BN Sebab Tiada Wakil Cina PKR Di Muar #P146 @razaliibrahim @tunfaisal @P146muar



Desas-desus di akar umbi penyokong pembangkang terutama dari parti PKR mula kedengaran dan semakin lama semakin kuat bila wakil PKR yang layak untuk menjadi calon Pakatan bagi Parlimen Muar adalah daripada wakil melayu bukan daripada wakil kaum cina.

Menurut cakap-cakap daripada penyokong PKR berbangsa cina yang rasa tidak puas hati bila PKR mencalonkan calon melayu bagi mewakili PKR menentang calon BN bagi Parlimen Muar. Sepatutnya calon yang layak menjadi calon bagi Parlimen Muar adalah wakil cina.

Kebanyakkan penyokong pembangkang kaum cina daripada DAP dan PKR mahukan serta mengimpikan seorang wakil rakyat daripada kaum cina menjadi wakil rakyat diperingkat Parlimen. Menurut khabar angin lagi, ini adalah berdasarkan kepada latarbelakang calon melayu PKR itu yang bukan orang Muar serta dikatakan pernah berkahwin dua. Tidak dapat dipastikan sama ada beristeri dua atau kawin cerai kawin. Maklumat ini akan disahkan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.

Senario ini amat berbeza dengan penyokong kaum cina dari parti MCA dan Gerakan yang dahulunya ter"jerait" sama dengan tsunami politik 2008. Penyokong MCA dan Gerakan kini sudah bersatu hati dan memberikan akujanji bahawa akan tetap menyokong calon pilihan BN walaupun ketiga-tiga calon adalah dari kaum Melayu.

Datuk Razali Ibrahim yang juga calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Muar. P146 juga semakin diterima ramai terutama daripada kaum cina disamping kaum India. Ramai masyarakat akar umbi golongan rakyat dirisik-risik mengenai prestasi calon parlimen ini. Majoriti mengatakan mereka selesa dengan apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Datuk Razali terhadap Parlimen Muar walaupun beliau bukanlah "Superman" yang sempurna segala-galanya. Beliau juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sama seperti kita.

Namun begitu, masih ada sekitar 13 hari lagi sebelum hari pembuangan undi pada 5 Mei nanti. Kepada pengundi Muar, janganlah mudah terpedaya dengan janji manis pembangkang yang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring : Kehadiran TPM Ke Kg Nelayan Mengembirakan Penduduk Muar #P146... @razaliibrahim @tunfaisal @P146muar



















Pagi tadi bertempat Kampung Sri Pantai, Jalan Junid, Muar penuh dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat yang hadir untuk memberi sokongan dengan kehadiran TPM bertemu rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 1 January 2013

4 Tahun Terpedaya, Rakyat Selangor Perlu Pilih BN...


Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor yang selama ini terpedaya dengan dakyah dan janji kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat, supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata selepas empat tahun, mereka kini sedar tembelang kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata BN sebaliknya telah membuktikan pengalaman dalam mentadbir negara, sekali gus memastikan ekonomi negara terus berkembang.

Beliau menarik perhatian BN sepakat dalam melaksanakan dasar dan agenda pembangunan negara, tidak seperti pakatan pembangkang dianggotai PAS-PKR-DAP.

Sunday, 1 January 2012

Lensa Niring 2 : Karnival Sayangi Selangor



TPM, Muhyiddin Yassin sedang memberi ucapan sebelum sambutan ambang 2011 kepada pengunjung dan orang ramai yang hadir untuk menunggu jam 12 malam.

Muhyiddin memberi amanat dan penerangan kepada rakyat Selangor terutamanya mengenai angin-angin PRU 13 semakin hampir. Bagaimana negeri Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih banyak menipu rakyat.

Banyak janji-janji yang ditabur oleh Pakatan Rakyat sejak PRU 12 masih belum ditunaikan oleh mereka. Rakyat terutama mereka yang tinggal di Selangor sudah 'muak' dengan janji manis Pakatan Rakyat.

TPM mengajak seluruh rakyat Selangor agar berganding bahu memberi sokongan kepada Barisan Nasional semasa PRU 13 nanti dengan menggantikan kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Thursday, 1 December 2011

Sketsa Niring : Gambar Candid TPM Tengah Ambil Gambar Perwakilan...

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat merakam gambar ketika mengikuti persidangan sayap Wanita di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers