Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 13 November 2011

AIM : Inilah Keputusan Penuh Pemenang AIM Malam Tadi


Akhirnya kemenangan berpihak kepada album “The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid” oleh Datuk Sheila Majid yang diangkat sebagai pemenang anugerah utama Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik edisi 18. Lagu Jeritan Batinku, lagu yang terkandung di dalam album tersebut turut memenangi Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu untuk Syed Shahril Faizal Syed Hussain.


Di majlis yang sama, lagu ciptaan Yuna iaitu Penakut turut dinobatkan sebagai pemenang Lagu Terbaik. Yuna turut memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita untuk lagu yang sama dan anugerah khas Anugerah Kembara bagi mengiktiraf pencapaiannya membawa muzik Malaysia ke mata dunia.

Sementara itu, Puan Beh Suat Pheng dianugerahkan Anugerah Wirama.

Album Terbaik – Produser
The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid

Lagu Terbaik
Penakut -Yuna

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki
Anuar Zain – Sedetik Lebih

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita
Yuna – Penakut

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu
Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan

Artis Baru Terbaik
Najwa Mahiaddin

Lagu Pop Terbaik
Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain

Lagu Pop Etnik Terbaik
Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor

Lagu Rock Terbaik
Pelita – Loque & A.P.I.

Lagu Nasyid Terbaik
Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Got To Go – Najwa – Najwa

Kulit Album Terbaik – Pereka
Kasi Gegar Entertainment Sdn. Bhd. - Urusan Aizat Amdan – Aizat

Video Muzik Terbaik – Pengarah
Ahmad Faris – Susun Silang Kata - Aizat Amdan

Rakaman Album Terbaik – Jururakam
Keith Yong - Realize – Reza Salleh

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkanlah oleh Artis Luar Negara – Artis
Ku Menunggu – Rossa

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Pengubah
Syed Shahril Faizal Syed Hussain – Jeritan Batinku – Sheila Majid

Artis Mobile Celcom Terbaik
Sixth Sense

Anugerah Kembara
Yunalis Zarai

Anugerah Wirama
Beh Suat Pheng

Sumber : Jendela Maya

Kulaan : Aiseymen... macam mana Kulaan boleh miss nie... asal la plak malam nie boleh tertidor mati... malam lain kalo jaga sampai subuh pun boleh... isk! isk! isk! isk!...

Fakta Sebenar Kapal Selam Malaysia Yang Tak Boleh Menyelam Buat Pembangkang Mati Akal...

Bila ditanya kepada rakan-rakan, dan setelah membaca blog-blog Pakatan Rakyat,
rata-ratanya akan mengaitkan kapal selam kita dengan dua masalah;

1. Harga Kapal Selam Scorpene yang jauh lebih mahal dari belian negara lain.

2. Kapal Selam Scorpene tidak boleh melakukan selaman.

Pertama, mari kita rujuk kepada masalah pertama yang menghantui skandal kapal selam negara kita. Isu harganya. menurut info yang saya petik dari blog AMK Shah Alam, Malaysia telah membayar sebanyak 580 juta dollar (USD) manakala Chile hanya membayar 250 juta dollar (USD) dan India pula membayar 540 juta dollar (USD) untuk setiap Scorpene mereka. Dalam kes ini,, memang nyata pembelian kita paling mahal berbanding negara-negara lain yang membeli kapal selam jenis ini.

Apa yang tidak dinyatakan oleh blog AMK Shah Alam di atas ialah, pada 14 April 2010, Brazil telah menempah 4 buah kapal selam Scorpene dengan harga 8.8 billion dollar(USD) Ini menunjukkan Brazil membayar sejumlah 2200 juta dollar untuk setiap kapal selam mereka. Tidakkah hal ini menceritakan sesuatu buat kita semua?



Apa yang tidak dijelaskan oleh bloggers Pakatan, mengapa kita bayar pada harga tersebut,dan pihak kerajaan pula, tidak berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada rakyat dengan bahasa mudah yang boleh difahami semua.

Perbezaan garis masa dan kuantiti belian.
Pada waktu ini, hanya 4 buah negara yang membuat belian Kapal Selam Scorpene ini. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil.

Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah 250 juta dollar.

Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian kita ialah 580 juta dollar.

India membeli enam buah kapal selam sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah 540 juta dollar seunit.

Brazil pula membayar sebanyak 2200 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4 buah kapal selam tahun lepas.

Pihak Pakatan Rakyat tidak menjelaskan disebalik dakwaan mereka, perbezaan faktor-faktor seperti kadar tukaran wang asing pada waktu pembelian di buat, harga kos bahan mentah, jenis persenjataan dan lain-lain kos yang terlibat.

Kos pembelian kapal selam India juga meningkat kerana wujud kelewatan dan masalah di pihak Magazon Dock Limited. India dapat menjimatkan kos pembelian mereka melalui pembelian pukal (6 buah, maka kos tetapnya dapat disusutkan) dan mereka membina kapal selam tersebut di India (jimat kos pembuataan dengan memanfaatkan kos buruh rendah India)

Dari jadual harga besi terpakai, kita dapat lihat kenaikkan harga besi dunia. Pada Januari 2000, harga besi ialah 98 Euro per tan, dan kini ianya 317 Euro per tan pada September 2011. Ini harga besi skrap, terpakai dan kitar semula. bayangkan harga besi dan keluli baru yang diperlukan untuk membina sebuah kapal selam baru.

Pada waktu Chile dan Malaysia membuat tempahan kapal selam, perbezaan kos mentah (besi, keluli) telah meningkat lebih dari 100%. Jadi tidak menghairankan perbezaan harga di bayar oleh Malaysia dan Chile. Apa pula pe njelasan Pakatan Rakyat mengenai pembelian Brazil yang jauh lebih mahal.

Jadual di atas pula menunjukkan carta tukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Euro. Euro pada tahun negara menempah kapal selam jauh lebih tinggi berbanding dengan waktu tempahan di buat oleh Chile. India pula membuat pembelian kapal selam mereka pada 2010, pada waktu nilai matawang Euro sangat tinggi. Jadi, ternyata ada justifikasi dan penjelasan munasabah disebalik perbezaan harga.

Kedua, kapal selam Malaysia tidak boleh melakukan selaman. Perkara ini dengan nyata adalah satu salah faham, jika tidak, satu fitnah besar dari pihak yang cuba meraih undi dengan menabur prasangka negatif kepada rakyat.

Kapal selam tersebut telah melakukan selaman dan berjaya melakukan latihan. Bak memiliki kereta baru, kita tidak boleh memandu pada kapasiti maksimum sebaik saja baru keluar dari kedai. Begitu juga dengan kapal selam kita. Kapal selam, seperti mana-mana barang mekanikal lain, tidak boleh lari dari masalah-masalah yang teknikal dan mekanikal.

Sebagai contoh, pada 22 Oktober 2010, Kapal Selam HMS Astute milik United Kingdom terdampar di pesisir pantai dan mengalami kerosakan yang teruk. Ini adalah kapal salam penyerang nuklear tercanggih dan terbaru milik armada tentera United Kingdom dengan nilai 1.57 billion dollar (USD). Jadi, tentera laut United Kingdom pun tak terkecuali dari masalah, apatah lagi negara kita yang baru memiliki dua buah kapal selam sulungnya? Fikir-fikirkanlah

Sekurang-kurangnya, ahli politik Britain cukup matang dan tidak pula mengadu domba mengenai kelemahan angkatan laut negara itu di mana-mana negara, baik jiran mahupun sekutu. Tindakan Nurul Izzah Anwar mendedahkan masalah teknikal kapal selam negara kepada Kompas, Indonesia tidak wajar sama sekali, walaupun ujar beliau sekadar memetik kata-kata Menteri Pertahanan Malaysia di dalam Dewan Rakyat. Jika beliau berakal, dan sensitif kepada isu ini, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan dan penerangan akan keadaan tentera kita kepada media luar.

Walaupun sedemikian kajian saya, saya sangat mengharap jawapan mengenai tuduhan rasuah berkaitan pembelian kapal selam negara ini terjawab dan dapat jalan penyelesaian yang munasabah. Memandangkan integriti mahkamah negara telah dihancurkan oleh tomahan dan tindakan pelbagai pihak, saya berharap Mahkamah Perancis dapat memberikan jawapan apabila kes rasuah tersebut dibicarakan dan diputuskan oleh mereka.

Sumber : MyMassa

Kulaan : Nah! korang... kepada mereka-mereka yang tak tau fakta sebenar tapi berbicara berkata-kata dan berhujah seperti dia tahu segalanya terutama kepada puak-puak seberang sana dan mereka yang duduk atas pagar... persoalan kalian selama ini disambut dan dijawab... apa pandangan kalian sekarang... tepuk dada tanya selera...

Saturday, 12 November 2011

PRU13 : 11 Sebab Bukan Pada 11/11/11



Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.

Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:

1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

2) Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.



3) Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.

4) Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.

5) Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.

6) Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.

7) SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.

8) Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.

9) Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.

10) Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.

11) Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11 November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.

Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang 

Mahasiswa IPT Yang Lebih Pentingkan Mencari Ilmu Daripada Isu AUKU...

Hari ini bertempat di Pavillion Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, satu perhimpunan pelajar IPT kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (JPAM) peringkat kebangsaan kali ke-2 yang dirasmikan oleh Datuk Seri Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri membuktikan bukan semua mahasiswa pusat pengajian tinggi yang berminat sangat dengan isu pemansuhan AUKU yang cuba dimainkan oleh pembangkang dan segelintir pemimpin pelajar pro sebelah sana.


Hasil temubual Kulaan dengan beberapa pelajar yang menjadi sukarelawan JPAM menyatakan bahawa mereka lebih suka terlibat aktif dengan kerja-kerja kesukarelawan dan mencari sebanyak mungkin ilmu sama ada dalam bidang akademik atau ko-kurikulum sebagai bekalan untuk masuk ke alam pekerjaan. 

Apabila ditanya soal AUKU, mereka mengatakan sebagai pelajar, universiti adalah tempat atau platform terbaik untuk mencari seberapa banyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman. Bila grad nanti nak berpolitik ka hapa ka buat la. Yang sibuk-sibuk mempersoalkan AUKU ni hanya segelintir sahaja. 

Kulaan kelu untuk berkata-kata apabila ada seorang pelajar wanita menyatakan ketidakpuasan hati bahawa kebanyakkan pemimpin mahasiswa yang sibuk mempersoalkan mengenaik AUKU dan kekangan untuk berpartisipasi dengan politik sedang mereka masih gagal menarik mahasiswa untuk terlibat dan turun mengundi semasa pilihan raya kampus atau universiti. Betul jugak kata pelajar tahun akhir yang belum pun lagi tamat pengajiannya. 

Jadi, pesan Kulaan kepada adik-adik yang masih menuntut di IPT tu, timbalah seberapa banyak ilmu ketika di menara gading dan ia akan menjadi kenangan manis apabila sudah memasuki alam pekerjaan kelak. Syahdu apabila teringat kembali kenangan semasa menuntut di universiti dulu, suka duka pahit manis asam garam ketika bergelar "Mahasiswa".

Jawapan Kepada ANUar Brahim Ke Mana 1.4b tu Hilang....


Dari Blog Pure Shiite :

KUALA LUMPUR, Nov 8 — Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim alleges that RM1.4 billion has gone missing from the Treasury’s contingency fund, which is for unforeseen federal expenses. He said the Auditor-General had found just RM79.15 million in the fund even though the Government Expenditure Estimates reported that RM1.5 billion had been allocated for that purpose.“Where has the money gone? More seriously, when did it go missing, the RM1.4 billion?” he told reporters in the lobby of Parliament today. “I don’t think the Audit Department (made a mistake). They are more meticulous than that when it comes to accounting.” Anwar (picture) questioned if the “inordinate” 17-day delay between the tabling of Budget 2012 and the Auditor-General’s Report was meant to hide this discrepancy. The annual audit report is usually tabled before the Budget. “Now we are forced to suspect there is some other compelling reason why they chose not to table the audit report at the right time,” Anwar said. Source here

Ni ada sekor lagi bangang

KUALA LUMPUR 8 Nov: Jawatankuasa pemantauan Audit Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kehilangan Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara sebanyak RM1.43 bilion, kata Pengerusinya, Azan Ismail.
Ini kerana katanya, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi Kumpulan Wang Luar Jangka setiap tahun sepatutnya sama dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), iaitu sebanyak RM1.5 bilion. “Namun, berdasarkan LKAN 2010, jumlah yang dicatatkan hanyalah RM79.14 juta dan jumlah itu berbeza dengan jumlah yang dinyatakan pada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang jumlahnya mestilah RM1.5 bilion. “Maknanya, berlaku ‘kehilangan’ wang rakyat kira-kira RM1.43 bilion.Dengan itu, kita menuntut penjelasan dari Datuk Najib menjelaskan segera isu ini,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dalam sidang media di Parlimen hari ini. Turut serta, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussoff. Menurut Azan, walaupun artikel 103 Perlembagaan Persekutuan membenarkan menteri membelanjakan Kumpulan Wang Luar Jangka, namun ia mestilah diganti dalam kadar yang paling segera. “Malangnya, sehingga 31 Disember 2010 yang sudah berakhir, jumlah itu tidak digantikan dan kita mahu penjelasan ke mana ‘disembunyikan’ wang rakyat ini kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan artikel 103,” katanya. Dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu turut menunjukan data yang dikutip dari Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi 2010, 2011 dan 2012 dan LKAN 2010. Source here

Let us look at the data these 2 are talking about

This is the Audit Report

And this is the "Anggaran" Data 2010 that was Published on 8th September 2011

And the disputed data

Refer here


But if one is to look at the 2012 Data
The inner workings of the Contingency Fund is a mystery to me from an accounting perspective.

By Law the Contingency Fund operates like a Revolving Account refer here clarification by the Deputy Minister of Finance

Luar Jangka questions seems to be Azan Ismail favorite question in Parliament...just google it folks...

Refer Treasury Guideline on Luar Jangka below
To be honest I don't know who made the mistake

Going back to Anwar's claim “I don’t think the Audit Department (made a mistake). They are more meticulous than that when it comes to accounting.”

What do you think folks...

They put a Balance of 1.5 Billion at End of 2009 when the actual Balance as per Government Numbers is only 64.3 Million

They then put in 74.15 at the end of 2010.....

The same number appears as Balance as of 1.1.2011

So within one day 1.4 Billion went "missing" and appeared again in another document...

Go figure....

Kecoh sekampung la lu orang......

Sumber : Double Y

Kulaan : sekarang korang dah baca kan... dah faham kan... faham tak apa benda kat atas tuh... kalo tak faham lagi kena baca blog orang lain plak... susah gak nak fahamkan orang yang tak faham... tapi lebih susah nak fahamkan orang yang buat-buat tak faham walaupun dia faham sebenarnya... berapa banyak kali faham daaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers