Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 28 November 2011

Warkah Buat KSN : KSN Buat Perangai Lagi Tak Mahu Pencen!!!!


Ke hadapan Tuan KSN yang dihormati,

KSN... KSN... tak habis-habis dengan kerenah Tuan... lepas satu, satu... semenjak menjadi pemerintah atau Perdana Menteri bagi kakitangan awam nie, banyak sangat isu-isu dan dasar-dasar yang Tuan perdendangkan kepada Perdana Menteri dan pak-pak menteri tak memberi manfaat dan kebaikan kepada dasar kerajaan dan terutama yang paling penting kepada kakitangan awam sebagai rakyat jelata Tuan...

Dah 3 kali sambung kontrak, dah 3 tahun memerintah setelah tamat pemerintahan regim Tuan secara rasmi akibat pencen wajib, masih sayangkan kerusi empuk yang sedang Tuan duduki... Kulaan tak kesah kalo Tuan nak duduk lama kat kerusi empuk tuh tapi Kulaan rasa apa yang Tuan lakukan itu kurang tepat dan yang akan terkena tempiasnya adalah kerajaan yang memerintah sekarang...

Sunday, 27 November 2011

Biar Betul???? Akhbar Harakah Untuk Ahli Sahaja....


Iskh! Iskh! biar betul.... bukan ka penjualan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah HANYA dijual kepada ahli Pas sahaja... nie ahli Pas ka... biar betul?????..... 

Panas!!! Perogol Bersiri Kelantan Yang Sudah Merogol 19 Wanita Akhirnya Tewas Kepada Mangsa Ke 20....

SUSPEK (gambar atas) ditangkap ketika cuba merogol
mangsa ke-20 dalam asrama pekerja yang terletak
di dalam bangunan ini di Kota Bharu kelmarin.
Pemburuan polis Kelantan terhadap seorang lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir apabila dia ditangkap oleh orang awam ketika cuba merogol mangsa dalam sebuah asrama di sini kelmarin. 

Gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu yang bekerja sebagai jurujual sepatutnya menjadi mangsa ke-20 lelaki tersebut. Namun kegiatan licik suspek yang juga penganggur berusia 29 tahun itu memerangkap diri sendiri apabila suaranya dalam rumah perempuan itu menarik perhatian jiran mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang wanita yang bertugas sebagai penjaga asrama tersebut pada pukul 11.10 pagi kelmarin. 

PAU 11 : Liputan Secara Langsung Dari PWTC Bermula 29 Nov - 3 Dis!!!!


Bermula dari 29 November 2011 (Selasa) sehingga 3 Disember 2011 (Ahad), Kulaan akan membuat liputan secara langsung Perhimpunan Agung UMNO 2011 live dari PWTC....

Liputan yang akan dibuat adalah lain daripada yang lain dan bukan yang disiarkan oleh media arus perdana... gambar-gambar yang akan diambil adalah gambar "candid" perwakilan yang hadir ke perhimpunan itu nanti...

Jadi, kepada pembaca Kulaan yang setia... Kulaan akan cuba membawa yang terbaeeek, lain dari yang lain, eksklusif dan santai kepada anda...

Ikutilah perkembangan terkini Perhimpunan Agung UMNO 2011 dari masa ke semasa di mana jua anda berada...


Seperti yang telah Kulaan nyatakan dalam entri lepas (klik sini)


Kulaan Niring melaporkan untuk dunia blogosfera....

PM : Utamakan Parti Daripada Kepentingan Peribadi

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang bakal menjelang, PM Datuk Seri Najib Razak mahu ahli mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan diri.

Ahli UMNO mesti mempunyai perasaan 'cinta dan kasih' kepada parti serta sanggup berkorban untuk parti. Bukanlah pengorbanan dari segi kewangan dan harta benda tapi jiwa dan semangat sayangkan parti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers