 |
| Gambar Hiasan Sahaja... |
Seorang lelaki yang dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditemui tertiarap dalam keadaan parah dengan hanya memakai seluar dalam di luar salah sebuah banglo di Kompleks Kediaman Rasmi Exco Selangor di Seksyen 7 di sini, awal pagi ini.
Mangsa, Yahya Talib, 49, yang beralamat di Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, dipercayai terjatuh dari tingkat satu banglo berkenaan selepas pukul 1 pagi.
Bagaimanapun, mangsa masih hidup ketika ditemui oleh rakannya yang baru pulang daripada solat Subuh di surau berhampiran kira-kira pukul 6.30 pagi.
Difahamkan, mangsa antara 70 ahli PKR yang menghadiri perjumpaan parti di kompleks tersebut semalam dan bermalam di salah sebuah banglo di situ dengan berkongsi bilik bersama seorang lagi ahli. Banglo tersebut dikatakan telah ditempah atas nama seorang exco kerajaan negeri Selangor.