Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan jika hari ini penuntut universiti lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran.
Menurutnya, penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapatnya kerana penuntut Melayu amat marah mengenai Auku.
“Saya rela dimarahi sesiapa sahaja, tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan Auku."
“Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya,” katanya yang dipetik dari laman blognya, chedet.cc/blog pada 2008.





