Kulaan sempat menjengah ke blog otai APA aku-tak-peduli.blogspot.com saja ingin melihat apa pandangan beliau mengenai isu semasa hari ini.
Kulaan tertarik dengan artikel "aku stand down demi kebaikan UMNO/BN". Bukan isu bro APA ni bagi kata dua kat blogger tersohor 'numuro uno' so-called pro BN hanya bertaraf SPM and the gang yang juga setaraf dengannya yang digelar sebagai 'tentera upahan' a.k.a 'The Mercenaries' yang mencari makan dengan "mengepau" bapak dan mak menteri.
Tapi di hujung artikel menceritakan nasib geng 'The Mercenaries" yang turut sama membantu berjuang bersama mempertahankan mak menteri mengenai isu lembu NFC tetapi hidup masih tidak sesenang ketua 'tentera upahan' dan gengnya. Sungguh sedih hati Kulaan seperti melihat siri TV3 "Bersamamu" pulak bila kisah kesusahan beliau dalam mengharungi dunia blogosfera tidak sama seperti orang lain yang punya peralatan perang yang canggih dan terkini, sedangkan beliau hanya memilik senjata api AK47 model 70an.



