Jadilah Sahabat Kulaan...
SEWA
TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Thursday, 2 May 2013
Gempar!!! Jentera BN Bertempur Dengan Jentera Pas Pasal Buang Poster??? @TengkuAdnanReal
Malam tadi sekitar jam 10.30 malam gua mendapat panggilan telefon daripada sahabat di Bilik Gerakan Pemuda Putrajaya minta datang segera ke Flat Hijau sebab Pemuda Putrajaya dah mula berkumpul. Sebab apa tak pula dinyatakan.
Tanpa membuang masa gua yang tengah kusyuk dengar ceramah dari Ustaz Minna Pondok di PDM Taman Warisan capai kunci start motor terus pecut ke lokasi yang diminta. Dalam fikiran ni macam-macam persoalan yang timbul sambil tangan memutar troter minyak memecut laju.
Tak sampai 5 minit skutur gua sampai kat Flat Hijau Blog. Gua tengok dah ramai orang berkumpul tapi tak pasti dari kumpulan mana sebab suasana tempat tu gelap hanya disinari lampu jalan sahaja. Gua nekad jer berentikan skuter gua tengah-tengah kumpulan sambil memberi salam. Nasib baik kumpulan sendiri. Kalo tak mau haru-biru jadinya.
Gua terus jumpa SUB Pemuda dan AJK Pemuda Bahagian tanya "What's happen..." Gua dimaklumkan ada seorang penghuni blok berkenaan yang juga penyukong totok Pas sudah melakukan kesalahan dengan mengutip semua risalah dan flyers kat blok tersebut dan bertindak kurang ajar membuangnya di koridor blok.
Wednesday, 1 May 2013
[Video] Bukti Himpunan Bersih Anjuran Pakatan Di Muar #P146... @razaliibrahim @HizwanAhmad
Petang semalam sekitar bandar Muar di beberapa lokasi berbeza kelihatan kelompok kecil individu memakai baju kuning yang sinonim dengan himpunan Bersih merayau-rayau di Muar. KN cuba mencari apakah justifikasi kepada kumpulan baju kuning dan otak kuning ini merayau-rayau macam orang gila meroyan.
Risik punya risik, rupa-rupanya ini adalah geng calon Pakatan Rakyat dari PKR, Hizwan yang bertanding bagi calon Parlimen Muar P146.
Panas!!! Calon PKR Muar Kantoi Baju Melayu Tradisinal Johor Teluk Belanga??? @razaliibrahim @HizwanAhmad #P126
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!!! Kantoi
Pecah perut KN bila dapat tau citer kedangkalan dan kebodohan tahap gaban calon PKR Parlimen Muar, si Hizwan lidah bercabang macam biawak bila bercakap ikut sedap mulut tanpa ilmu pengetahuan dan faham dengan adat resam sesuatu masyarakat.
Inilah masalahnya kalo tak tau adat resam dan sosio-budaya orang Johor. Kata anak jati Johor takkan tak tau baju melayu tradisional Johor nie dipanggil apa.
Baju yang dipakai oleh calon BN Parlimen Muar, Datuk Razali barulah betul baju melayu tradisional masyarakat melayu Johor. Baju melayu ni dipanggil "Cekak Musang" ciri yang jelas ketara membezakan dengan baju melayu "Teluk Belanga" ialah baju melayu Cekak Musang bulat tanpa kolar macam stail baju kurung skit.
Nampak sangat si Hizwan nie bukan anak kelahiran Johor, bukan membesar di Johor jauh sekali ada hubungkait dengan Johor sebab benda paling kecik pun pasal adat resam dan sosio-budaya masyarakat Johor pun dia tak tau dan tak mau ambik tau.
Antara baju melayu teluk belanga dengan cekak musang pun xleh bezakan masyarakat dan budaya negeri mana. Macam ni ker wakil rakyat yang dimahukan oleh penduduk Muar. Baru benda kecik pun tak boleh nak selesaikan.
Oleh itu, kalo ada pembaca blog nie adalah anak Muar atau pengundi Muar pikirlah dengan semasak-masaknya sebelum nak pangkah sapa pada 5hb Mei nanti.
Jangan jadi macam cerita penglipulara zaman dulu kala... "Menang sorak kampung tergadai..."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)
The True Brothers
