Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 14 February 2014

Cybertroopers PR Tawar RM1500 Untuk Tampar Zahid??? #PRKKajang

Zahid_Hamidi

Sebuah laman sosial milik cybertroopers DAP yang dikenali sebagai We Fully Support PKR dikatakan telah menawarkan ganjaran sebanyak RM1,500 kepada individu yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



zahid1


Tindakan biadap itu dipercayai tercetus selepas mereka didapati tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahmad Zahid berhubung isu ancaman yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Teresa membuat laporan polis berhubung ancaman tersebut, lantas Zahid menjelaskan tiada keperluan untuk pihak polis menjalankan siasatan tersebut kerana Teresa bukannya mendapat ancaman bunuh daripada pihak-pihak tertentu.

Memetik kenyataan Zahid, “mengapa kita perlu menyiasat? Jika dia telah ditampar, barulah kita boleh ambil tindakan”.

“Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata ‘membunuhnya’, maka ia akan menjadi satu ancaman,” katanya lagi.

Menerusi ganjaran menampar Zahid itu, turut ditulis bonus yang akan diberi sekiranya mereka berjaya melakukan tugasan-tugasan tersebut.

Malah terdapat beberapa komen yang kedengaran kasar di laman tersebut seperti, “why dont offer lontar tahi”??? dan “ask him to slap himself”.

Sebelum ini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia telah memberikan tawaran sebanyak RM1,200 sekiranya dapat menampar Teresa selepas beliau menghasilkan video Tahun Baru Cina yang didakwa menghina pemimpin tertinggi negara menerusi video tersebut.

Thursday, 13 February 2014

Puaka Niring : Misteri Terowong JDT Bakal Terungkai...

FAM



Kelana Jaya – Misteri insiden pergaduhan dalam terowong antara tiga kes membabitkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang akan dibawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Jawatankuasa Tatatertib dalam masa terdekat ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa surat pertuduhan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan sama ada pertuduhan itu membabitkan pegawai atasan pasukan dari selatan tanah air itu.

“Kita hampir nak menyelesaikan (kes) ini di peringkat akhir, saya minta semua pihak bersabar. Kita akan mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat ini. Kategori pertuduhan ada banyak jadi bila sampai masanya saya akan umumkan.

“Selain daripada insiden (terowong) di Stadium Larkin, kami juga akan membuat pertuduhan perlawanan antara Johor DT dengan Perak yang mana insiden kereta pengurus Perak dipecahkan.

“Kami juga akan membawa kes kejadian (pergaduhan penyokong) di parkir (Stadium Darul Makmur) selepas perlawanan antara Pahang dengan Johor DT,” katanya kepada pemberita pada sidang media, semalam. – myMetro Online

Siapa Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Yang Cukup Digeruni Anwar? @AnwarIbrahim #PRKKajang


Usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan peguam melucutkan kelayakan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes liwatnya hanyalah untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut.

Ini adalah pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Anwar sebenarnya takut untuk dibicarakan.

"Ini cuma usaha untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Dia (Anwar) takut untuk dibicarakan kerana dia buat salah.

"Jadi dia takut mahkamah akan jatuhkan hukuman ke atasnya. Tetapi memanglah dia takut pada Shafee.

"Shafee dah menang banyak kes-kes rumit. Saya fikir Anwar pun gentar jugalah," katanya.

Siapa sebenarnya Muhammad Shafee, satu nama yang cukup hebat dalam dunia perundangan sehingga turut diakui oleh Dr. Mahathir ini?

Dari segi kelulusan, beliau adalah lulusan undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1977.

Kemudiannya beliau menyambung pelajaran di institusi pendidikan tersohor, London School Of Economics hingga memperolehi Masters in Law pada tahun 1984.

Dah Hilang Akal Ker Apa Bila DAP Minta Ambiga Selamatkan Malaysia???


Dah hilang akal ker... Sapa AmBABIga ni nak selamatkan Malaysia beb. Diri sendiri belum tentu selamat nak selamatkan Malaysia konon. Dia sendiri bawak rakyat jadi jahanam nak jadi penyelamat Malaysia plak. Ini bukan rupa penyelamat negara tapi "PENJAHANAM" negara lagi ada la.

Dah la perintah Agong larang jangan buat "street riot" atau himpunan jalanan, dia lagi langgar tak hormat kat Agong. Dia rasa dia dah cukup besar cukup kuat la konon beratus ribu rakyat bersama dia. La ni minah keling ni pi mana hilang. Entah-entah hilang sebab dah masyuk kot.
Korang baca ler cerita penuh kat bawah nie.....

"DAP mencadangkan bekas pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga membentuk satu gerakan baharu kononnya bagi menyelamatkan Malaysia daripada rancangan jahat pihak tertentu mewujudkan ancaman perkauman dan keagamaan di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, gerakan sivil tersebut boleh menjadi satu komitmen patriotik oleh Ambiga untuk menggerakkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik ke arah perpaduan dan keharmonian.

"Saya menyarankan agar Datuk S.Ambiga yang telah melepaskan jawatan pengerusi bersama Bersih 2.0 menerajui gerakan masyarakat sivil baru untuk menyelamatkan Malaysia daripada rencana jahat pihak yang mahu masyarakat Malaysia berpecah-belah mengikut garis kaum dan agama," dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Wednesday, 12 February 2014

Dr MIM Buka Kedai Makan Pasal JMS Lama Sangat Nak Beroperasi??? @NajibRazak @TengkuAdnanReal


A picture speak a thousand words... Itu pepatah orang putih la. Apa nak jadi la dengan Jabatan Media Sosial (JMS) yang dengar khabar angin masih belum beroperasi gara-gara masih belum diisi jawatan tertinggi JMS ni. Banyak betul pengkhabaran yang di bawa angin sampai dah tak tau mana satu betul dan mana satu salah.

Dengar kata mula-mula dulu ada satu mangkuk hayun nama Kamarul nak mengisi jawatan tertinggi JMS tapi kalo diikutkan ilmu persilatan persiberan mangkuk ni tak la tinggi sangat. Gua rasa gua lagi tinggi ilmu persilatan persiberan kalo nak compare la dengan mangkuk hayun nie. Bukan la nak berbangga tapi pengalaman di "ground" rasanya jauh berbanding mamat nie.

Mungkin kerana malu kot dan sedar diri yang dia tak cukup ilmu di dada nak menyandang jawatan yang cukup tinggi maka mangkuk hayun kamarul ni pun meninggalkan kerusi panas JMS ni. Tup tup gua dengar plak sahabat blogger gua Dr Novandri aka Dr MIM kat blogesfera diberi penghormatan untuk mengisi kerusi panas JMS ni sebagai Ketua Pengarah JMS. Pada pandangan gua beliau sememangnya layak berdasarkan profil dan resume Doc dalam dunia persiberan dan amat disegani oleh ramai blogers-blogers terutama yang otai-otai. Bahkan Dr Novandri amat dihormati oleh ramai clan-clan atau kumpulan-kumpulan pengamal media sosial.

Tetiba plak gua dengar yang Dr Novandri pun mengambil tindakan menarik diri dari dilantik ke kerusi panas JMS ni dengan alasan yang hanya tuan punya badan jer boleh bagi jawapan. Sekali lagi kerusi panas utama JMS sehingga kini masih kosong tidak diisi dan terbiar begitu saja. Dah macam "Puaka Niring" plak kerusi panas JMS ni. (Macam best jer buat entri Puaka Niring pasal kerusi panas ni yang tak berani orang nak duduk takut diganggu penunggu).

Itu belum lagi kalo nak dikongsikan carca marba satu kumpulan yang kononnya dikatakan diamanahkan untuk mengambil pekerja bagi mengisi jawatan dan kerusi di peringkat negeri-negeri dengan ditawarkan dengan gaji yang jauh lebih rendah dari yang terdapat dalam kertas kerja asal. (Dah kena cilok kot). Maka masih berterabur la struktur organisasi diperingkat negeri apatah lagi diperingkat pusat. Dengar cerita khabar angin kumpulan ini melantik budak-budak blogger baru setahun jagung yang tak termasuk dalam Ranking Top 100 Blogger Pro-BN pun jadi staf JMS dengan tujuan dikatakan budak-budak baru ni dengar cakap dan senang di"control" oleh kumpulan tersebut.

Kalo dah awalan penubuhannya penuh dengan niat busuk dan buruk serta sailang menyailang terutama sailang paperwork orang ni biasanya jauh dari keberkatan Allah swt. Kalo dah jauh dari keberkatan Allah swt maka macam-macam aral yang timbul lepas satu... satu...


p/s : sorry Dr Novandri aka Dr MIM gua pakai gambar kedai makan kat dalam uitm kait ngan lu big bro... kebetulan nama kedai tu sama ngan nama lu terus teringat kat lu... nanti gua turun penang belanja lagi nasi berhantu tu... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers