Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 20 October 2011

Zahid Hamidi : Dunia Blogosfera Pro BN Dinasihat Henti Hentam Pemimpin Kerajaan

Kulaan sempat bertemu dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi semalam bersama dengan rakan-rakan bloggez tersohor, facebookez dan pengamal media di bilik mesyuarat pejabat beliau tingkat 5 Wisma Kementah. Banyak ilmu dan pandangan yang beliau kongsikan sebagai panduan di alam siber.

Perjuangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti adalah untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti lebih besar dan bukannya kerajaan yang ada hari ini. Pengamal media, facebookez dan bloggez pro BN diminta supaya mengenepikan kepentingan individu dan kelompok sendiri serta menghentam pemimpin kerajaan dari mana-mana komponen demi untuk memperkukuhkan BN. DatukZahid juga meminta agar perkara ini diberhentikan dengan segera atau dengan nada berseloroh "cuti ler sekejap hentam pemimpin kerajaan, lepas PRU13 nak sambung, sambung la balik. Lagi bagus jangan sambung lagi".
"Dengan slogan lawan kita menuju ke Putrajaya, maka kita perlu mempertahankan Putrajaya, tiada gunanya kita bertelagah dan saling membunuh karier pemimpin BN, namun akhirnya Putrajaya jatuh ke tangan lawan." katanya semalam.

Kulaan : Kulaan berharap agar pengamal media, facebookez dan bloggez Pro BN agar menghentikan segera segala serangan peribadi kepada pemimpin kita yang akhirnya memberi ruang kepada pembangkang melemahkan serta merugikan kerajaan pimpinan PM kita, Datuk Seri Najib.

Eksklusif : Pendedahan 1Peluru Pas Kelantan Rampas Tanah Orang Kelantan

Sumber : 1Peluru


Berita ekslusif ini Kulaan perolehi daripada sahabat Kulaan blogger tersohor 1Peluru mengenai penindasan kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Pas yang merompak tanah-tanah kerajaan negeri Kelantan untuk dimasukkan ke kantung Pas sebagai modal untuk kegunaan PRU13. Pendedahan ini dilakukan sendiri oleh 1Peluru dan Panglima Perang Cyber yang turun ke pendalaman Kelantan menggunakan duit poket hasil usaha sendiri untuk membongkar kezaliman kerajaan Pas Kelantan.

Dalam Siri 1 ini, turut sama adalah penduduk kampung yang ditindas sejak kerajaan Pas memerintah lagi. Kulaan ni bukanlah orang Kelantan yang faham sangat dialek Kelantan nie tapi hasil penterjemahan kawan-kawan yang fasih berbahasa Kelantan maka Kulaan baru tahu susah senangnya rakyat Kelantan di pendalaman. Pakcik ini menyatakan bahawa kesusahan kehidupannya sudah bermula sejak tahun 70an lagi bermula era pemerintahan kerajaan pimpinan Pas.

Nantikan pendedahan lanjut daripada 1Peluru dan Panglima Perang Cyber yang akan mendedahkan maklumat terperinci.

Tuesday, 18 October 2011

Sultan Selangor : Tindakan JAIS Ikut Peraturan



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang yang berkuatkuasa di negeri ini.

Bagaimanapun, baginda bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak, selepas meneliti secara mendalam laporan JAIS selain mendapat nasihat pakar agama dan undang-undang.

Terdapat keterangan ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

"Tindakan JAIS selaras bidang kuasa yang diperuntukan mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988," titah baginda dalam satu kenyataan di sini, semalam.

"Sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor, Beta amat mengambil berat dan amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu untuk melemahkan akidah umat Islam di Selangor"

Baginda bertitah, sebagai sebuah jabatan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam di negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat bagi memastikan agama Islam sentiasa terpelihara dan dimartabatkan.

Titahnya, ini selaras kedudukan agama Islam sebagai agama negeri Selangor mengikut Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh kerajaan Selangor,


Kulaan : apa boleh Khalid Gagap kata lagi... tergagap-gagap bila bertemu dengan Sultan Selangor...

Bila Manusia Hilang Sifat Kemanusiaan



Kulaan : meruntum hati Kulaan bila tengok klip video ni... inilah yang bakal berlaku bila sifat kemanusiaan semakin terhakis dan hilang daripada hati manusia...

Monday, 17 October 2011

Che Gu Bard Meroyan Menjaja Cerita Cincin Demi Untuk Sebuah Kerusi Parlimen



Kulaan : demi kerana gilakan sebuah kerusi parlimen yang CikguBard lihat semakin jauh setelah kalah bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan, dia melalak melolong pasal cerita basi yang rakyat dah taknak dengar lagi ler. Jangan ler kita terpedaya dengan kata-kata busuk bau longkang CikguBard nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers