Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 20 April 2013

Terkini!!! Putrajaya P125 Sah Ku Nan vs Husam... Clash of The Titan...





Pagi tadi jam 11 pagi bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 9, secara sah SPR mengumumkan nama calon yang bertanding di Parlimen P125 Putrajaya. Pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan oleh penduduk Putrajaya bakal menentang muka baru dari Pas, Husam Musa.

Pertandingan ini sudah dijangkakan walaupun ada desas-desus Putrajaya juga akan ditandingi oleh calon bebas yang tak boleh KN dedahkan di sini.

Sejak jam 7.30 pagi lagi penyokong kedua-dua belah pihak sudah mula berkumpul di beberapa tempat. Namun begitu, pihak polis telah bertindak dengan bijak bila menyusun pergerakan penyokong kedua-dua parti agar tidak bertembung secara tidak langsung dapat mengelakkan provokasi.

p/s : nantikan cerita insiden provokasi penyokong Pas dan BN sewaktu habis penamaan calon yang hampir mencetuskan pergaduhan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 19 April 2013

Panas!!! Husam Terkedu Takda Jawapan Bila Penduduk Putrajaya Tanya Pasal Kambing????... @TengkuAdnanReal


Petang semalam bertempat di Putra Harmoni atau lebih dikenali sebagai Flat Hijau, Husam telah buat majlis bertemu rakyat atau pengundi Putrajaya.

Memang satu Putrajaya dah arif sangat kat Flat Hijau ini merupakan kawasan perumahan mampu milik atau dengan kata lain bukan kuarters la. Dan kebanyakkan yang tinggal di situ adalah bukan kakitangan awam tapi mereka-mereka yang kerja di sektor swasta memiliki atau menyewa kediaman di situ.

Memang semua dah tau kebanyakkan yang menetap di Flat Hijau adalah anak-anak Kelantan tapi harus diingat bukan semua anak Kelantan itu orang Pas.

[Video] Jenuh Zul Nordin Bersilat Perjelaskan Isu Hina Agama Hindu????....






Fakta menarik

1. Penceramah dilatih untuk main politik benci, fitnah, jumud, sentimen cauvinis, perkauman dan keagamaan

2. Penceramah yang kuat menipu dan bantai orang lain akan disanjung sebagai crowd puller dan share percentage dari Tabung Jihad

3. Video lama diputar semula tapi diedit dan dimanipulasi untuk fitnah Perkasa

Thursday, 18 April 2013

Kantoi!!! Betul Ker Ini Kakitangan JPM Yang Mengalukan Husam Bertanding Di Putrajaya????... @NajibRazak @AliHamsa55 @TanSriAseh @TengkuAdnanReal


Terkejut KN bila dapat gambar yang dikirimkan oleh sahabat KN yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menunjukkan seorang yang kononnya dikatakan kakitangan JPM berdasarkan status pemilik fb meletakkan diprofilnya "Bekerja di Jabatan Perdana Menteri".

Kononnya beliau adalah anak Kelantan berdasarkan banner fb beliau.

Ini adalah salah satu contoh terbaik gunting dalam lipatan dan duri dalam daging. Jika dibiarkan berterusan, daging akan bernanah dan menjadi busuk. Berkhidmat paling hampir dengan Perdana Menteri iaitu di Jabatan Perdana Menteri tetapi menjadi dalang kepada Pakatan Rakyat.

Gaji yang diperolehi, bonus, elaun, kuarters dan sebagainya yang datang dari poket kerajaan nampaknya langsung tidak dihargai oleh pemuda ini.

Apa lagi yang kurang? Kenapa tidak bersyukur dengan rezeki yang diperolehi hasil khidmat dengan kerajaan.

Kenapa tidak berhenti dan makanlah dari hasil yang diberikan Pakatan Haram.

p/s : dasar tidak tahu diuntung...

* gambar artikel ini sekadar hiasan saja, tiada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau mati...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers