Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 24 August 2013

Samseng Geng Kongsi Gelap Serang Polis Di Perak!!! @PDRMsia


IPOH: Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

Thursday, 22 August 2013

Gambar Ibu Lina Joy Mendoakan Beliau Kembali Ke Pangkal Jalan... #kalimahAllah


Inilah ibu kepada Lina Joy, wanita Melayu Islam yang menggegarkan bumi Malaysia apabila beliau memfailkan ke mahkamah untuk menukar agamanya daripada Islam kepada Kristian. Kes Lina Joy menjadi berita panas apabila ia menjadi contoh secara terang-terangan anak Melayu Islam menukar agama dan murtad.

Cuma kali ini bukan cerita Lina Joy yang nak dikongsi bersama tetapi adalah cerita seorang ibu yang pernah mengalami saat sedih bila anak yang dilahirkan dan dididik sempurna ilmu agamanya bertindak menukar agama dan murtad. Pengalaman pahit si ibu ini mungkin memberi semangat kepada si ibu untuk turut hadir ke Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada isu Kalimah Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring : Lagi Gambar Keputusan Penggunaan #kalimahAllah di Istana Kehakiman





Lensa Niring : Suasana Sekitar Sebelum Pengumuman Keputusan Kalimah Allah!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers