Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 1 February 2014

Muka Awek Korea Nie Jadi Pelik Sebab Nak Sangat Jadi ‘Sailormoon’!!!


Menyedihkan – demi untuk kelihatan persis watak gadis anime, seorang wartawan penyiaran Korea Selatan sanggup melakukan pembedahan meruncingkan dagu yang membuatkan wajahnya ketara berbeza dan pelik berbanding orang normal.

Wanita yang tidak diberitahu nama itu kemudiannya disindir oleh ramai orang terutama di forum-forum siber yang giat berkongsi gambar 'sebelum' dan 'selepas' wartawan tersebut.

Hal ini bagaimanapun bukan sesuatu yang aneh di sana, malah mengikut kajian satu daripada lima wanita Seoul melakukan pembedahan plastik.


Pembedahan paling popular adalah menambah kelopak mata agar bahagian tersebut nampak lebih besar, sedut lemak dan membentuk hidung.

Bagi yang tidak melakukan pembedahan pula, rata-rata menggunakan Botox dan melakukan pembuangan bulu secara laser.


Rakyat Korea yang membesarkan bahagian mata dikatakan kerana tidak mahu mata sepet membuatkan mereka terlalu berbeza daripada orang Barat.

Sesetengah pula melakukannya bagi menyempurnakan definisi kecantikan yang tidak masuk akal iaitu mahu kelihatan serupa dengan karakter gadis anime yang bermata besar dan memiliki wajah bentuk hati macam Sailormoon.

p/s : macam-macam jenis gile manusia sekarang...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalau Anwar Kalah Di Kajang … Siapa Menteri Besar Selangor???


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan akan bertanding di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang berikutan wakil rakyat sebelum ini dengan tidak semena-mena meletak jawatan bagi membolehkan pemimpin kesayangannya bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor.

Jadi, sekarang semua pihak faham bahawa untuk meredakan pergaduhan antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dah sanggap sangat nak jadi Menteri Besar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, maka Anwar Ibrahim harus dilantik ke jawatan itu.

Entah hapa-hapa punya langkah politik yang penulis tak berapa nak faham la kan… melainkan menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman politik yang gagal ditangani oleh Anwar Ibrahim dengan berkesan.

Cuma, kalau itulah penyelesaiannya… ok… selain perkenan Sultan Selangor yang Mynewshub dimaklumkan hampir pasti tidak akan diberikan kepada Anwar, maka cabaran pertama adalah untuk Anwar menang di Kajang.

Ni bukan Permatang Pauh … tidak semudah itu untuk Anwar menang.

Anwar boleh la cakap Barisan Nasional (BN) tak perlu bertanding apa semua… itu mulut dia, hakikatnya tidak semudah kata-kata.

Bayangkan kalau Anwar kalah… PKR akan hanya tinggal 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)… PAS dan DAP masing-masing akan ada 15 kerusi.

Friday, 31 January 2014

Puaka Niring : Pelajar Histeria Bersilat Depan Sekolah...


"Anak saya beritahu dia ternampak kelibat lembaga wanita merayau-merayau di kawasan tangga sebuah blok bangunan berhampiran kelas mereka sambil mengajaknya bermain-main menyebabkannya terus menjerit dan ia 'berjangkit' kepada pelajar lain."

Ibu kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas mendakwa melihat kelibat berupa wanita berkenaan.

Dalam kejadian jam 9 pagi, sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, bertukar gempar apabila kira-kira 30 pelajar perempuan tingkatan dua, tiga dan lima serta dua guru wanita berusia 20-an diserang histeria.

Kejadian dipercayai bermula daripada seorang pelajar perempuan sebelum berjangkit seorang demi seorang hingga mereka terpaksa dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan.

Berikutan kejadian itu, seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai akibat kancing gigi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga Makan Kat Kedai Mamak Yang Benar-Benar ‘Menginsafkan’...


Rasanya semua orang dah tahu harga makanan di kedai mamak agak mahal tapi ramai yang tidak kisah terutama mereka yang menggemari masakan berkari.

Tapi nampaknya, bila harga bil makanan untuk tiga orang mencecah lebih RM200, ia dipos di laman sosial untuk berkongsi perasaan terkejut pelanggan terlibat.

Berdasarkan komen pembaca, ramai yang tidak menyangka restoran mamak terkenal tersebut mengenakan caj semahal itu namun tak kurang juga yang menyatakan ia adalah harga biasa jika dilihat pada lauk yang diambil.

Ini bukan kali pertama bil makan di restoran mamak dikongsikan di laman sosial oleh pelanggan yang terbeliak biji mata selepas melihat  harga yang perlu dibayar untuk makanan mereka.

Apa pun, senang cerita ukurlah baju di badan sendiri.

Kalau rasa-rasa dah hujung bulan dan duit dalam poket tak seberapa jangan cuba-cuba nak makan nasi campur dekat mamak lepas itu ambil lauk tak ingat dunia, okey?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Haramjadah Punya Bapak Kandung!!! Sanggup Kelar Leher Anak Sendiri!!!


Budak perempuan mati dikelar bapa kandung


Bernama | 1:36AM Jan 31 2014
Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi petang semalam.
    
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian jam 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
    
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
     
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.


Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.
    
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers