Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 10 December 2011

Panas!!! : Kerana Gambar Bogel Di Majalah Veena Malik Dibuang Keluarganya...


Tindakan berani aktres kelahiran pakistan, Veena Malik untuk berbogel dalam majalah mengundang satu lagi petaka dalam hidupnya bila bapa aktres ini tidak mengaku beliau sebagai anak dan mengharamkan beliau pergi ke India lagi.



Veena menafikan beliau pernah menjadi model muka depan majalah FHM India dan menegaskan gambar itu palsu. Dia turut menyampaikan notis perundangan kepada pengarang majalah berkenaan dan menuntut ganti rugi 100 juta rupee (RM7.2 juta) kerana memfitnahnya.



Bagaimanapun bapanya, Malik Mohammad Aslam dengan linangan air mata menjelaskan beliau amat sedih dengan keadaan itu. Beliau turut mendesak anaknya berjanji tidak akan melawat India sebaik skandal itu berakhir.


Bapanya juga berharap agar Veena dihukum jika dia didapati bersalah berbogel supaya menjadi iktibar kepada wanita lain agar tidak mencontohi perbuatannya.




Veena sebelum ini mencetus kemarahan rakyat Pakistan apabila gambar bogelnya disiarkan majalah FHM dengan tatu singkatan nama agensi perisikan pakistan, Agensi Perkhidmatan Antara Perisikan (ISI) terpampang pada lengannya.

Ini bukan kontroversi pertama membabitkan Veena kerana sebelum ini dia juga pernah melanggar larangan agama walaupun ada sebahagian peminat berfikiran liberal menyokongnya.

Ulama Maulana Abdul Qawi membuat pengisytiharan melalui stesen televisyen Aaj TV bahawa perbuatan Veena mencemar dan memberi aib kepada seluruh umat Islam.

Kulaan : itu yang berlaku di Pakistan... Perkara yang hampir sama bahkan ada yang lebih teruk lagi banyak berlaku di negara kita ini. Perbuatan anak muda dan remaja terutama bangsa melayu dan beragama islam yang mengambil gambar 3gp ketika melakukan perbuatan tidak bermoral dan lebih teruk lagi ketika berzina... Astagfirrullah hal azim...

2 comments:

  1. anda digantung untuk beberapa tempoh tertentu dari kumpulan putrajaya cywarriors sehingga posting dalam blog ini menjadi normal seperti biasa... kerana rakan2 lain dalam putrajaya cywarriors tidak mahu merasakan seperti "I'M WITH STUPID"

    ReplyDelete
  2. TAK MALU LA... LETAK MUKA TAPI POST SAMPAH.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers