Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 8 January 2012

Ketua UMNO Larut Cadang Selama Dinaik Taraf Menjadi Sebuah Daerah @ZambryAbdKadir...


Selama yang terletak dalam kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) perlu dinaik taraf menjadi sebuah daerah bagi mempercepatkan pembangunan di kawasan itu, kata Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata kawasan kecil itu kini berada di landasan yang betul untuk berkembang daripada segi ekonomi dan pembangunan seperti daerah lain di Perak.

“Saya menggesa kerajaan negeri agar segera mengkaji saranan ini kerana Selama mempunyai kekuatan untuk berdiri sebagai sebuah daerah seperti Kampar yang diisytiharkan sebagai daerah ke-10 negeri Perak pada 21 Mei 2009."


“Dengan menjadi sebuah daerah akan memberikan kelebihan kepada penduduk tempatan daripada segi peluang pekerjaan serta peluang ekonomi yang lain,” katanya di sini, hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubu Gajah, berkata pelbagai bentuk pembangunan boleh dirancang dengan baik dan teliti sekiranya Selama diterajui oleh seorang Pegawai Daerah.

Katanya keputusan kerajaan membina Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara serta pembinaan Lebuh Raya Jelas menghubungkan Jelapang-Selama-Batu Kawan akan membantu Selama untuk maju.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers