Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 13 January 2012

Perak Catat Lebihan Kutipan Hasil Pada 2011 Di Bawah Kepimpinan BN @ZambryAbdKadir...

Kerajaan negeri berjaya memungut kutipan hasil sebanyak RM812.6 juta iaitu lebihan sebanyak RM28.2 juta berbanding anggaran RM784.4 juta selepas akaun tahun kewangan 2011 ditutup 31 Disember lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kejayaan tersebut didorong banyak faktor yang antaranya, penguatkuasaan serta keberkesanan dan kemampuan kerajaan negeri mengenal pasti punca-punca hasil baru.

"Dalam Bajet 2011 lalu, hasil yang kita jangkakan ialah sebanyak RM784.4 juta tetapi kita berjaya melepasi angka tersebut dengan jumlah kutipan atau hasil berjaya dikumpulkan sepanjang 2011 sebanyak RM812.6 juta."


"Jadi, dalam erti kata lain, walaupun Bajet 2011 diumumkan sebagai bajet defisit tetapi hakikatnya ia bajet surplus. Kita sudah peroleh peningkatan hasil melebihi RM28 juta," katanya.

Katanya, sepanjang 2011, kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat exco lebih daripada 41 kali dan sebanyak 2,612 fail telah dibawa untuk tindakan.

"Ini merupakan satu perkembangan yang agak memberangsangkan yang terus memperlihatkan pertambahan mesyuarat dan kelulusan setiap kali mesyuarat exco diadakan," katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers