Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 10 January 2012

Edisi Khas Buat Penyokong PR : So, Mahkamah Kita Adil La Sekarang??? @NajibRazak #bebasAnwar901


Konspirasi, konspirasi, konspirasi diikuti maki hamun serta kutukan tak ingat dunia terutama ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermula sejak awal perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan bermula.

Dan dengan keputusan hari ini, Kulaan yakin semua penyokong beliau akan kata sistem kehakiman telus dan adil. Kebenaran terbukti.

Andai kata kalau Anwar didapati bersalah, sepantas peluru hakim berkenaan akan dituduh sebagai berat sebelah, ikut cakap kerajaan, takut kat Najib la…lagi parah, takut kat Rosmah la. Najib masuk campur la. Mahkamah kanggaroo la.


Nanti adalah wartawan mat saleh kat Australia ke mana yang rasa dia tahu semuanya pasal Malaysia pun tumpang sekaki komen memburukan sistem kehakiman kita.

Entah apa-apa lagi yang akan keluar andai Anwar didapati bersalah. Bila tidak bersalah aje, buat dunno. Hakim bestttttt…..kebenaran terbukti.

Sakit hati betul bila tengok perangai camni.

Pada yang pernah menuduh Anwar peliwat perlulah mintak maaf.

Sama juga pada yang mengutuk kerajaan terutama Najib kononnya kes Anwar itu adalah konspirasi.

Masih segar dan jelas di kepala Kulaan, Najib sejak awal cakap beliau tak mahu campur kes itu.

Beliau sendiri mendedahkan Saiful ada datang bertemu dan beliau bersetuju untuk jumpa. Namun Najib jelaskan yang beliau mendengar apa Saiful hendak cerita namun memberitahunya yang beliau tidak mahu masuk campur.

Rasanya keputusan hari ini membuktikan beliau memang seorang Perdana Menteri yang gentleman. Tidak ada campur tangan langsung dalam kes Anwar.

Tolong jangan keluar teori baru seperti takut kat Anwar untuk kutuk beliau.

Kat mahkamah tadi pun penyokong Anwar dalam 4,000 orang aje yang hadir. Polis takda buat sebarang sekatan jalan pun apa. Nampak penyokong beliau tak ramai mana pun.

Kalau kuat Pakatan Rakyat yang beliau pimpin tu pun pasal penyokong PAS yang memang sepenuh hati memberikan sokongan demi sayangkan parti meraka dan apa yang parti mereka percaya.

Begitu juga penyokong DAP. Anwar sendiri hanyalah seorang penglipur lara yang memang petah berkata-kata, setakat itu sajalah. Dia mampu menghubungkan PAS dan DAP dengan janji-janji manis.

Apa pun, mahkamah kita adil kan. Pasal Anwar tak bersalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers