Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 18 January 2012

Pemuda BN Ingatkan Ambiga Jangan Terus Ugut Kerajaan Untuk Bersih 3.0 @Khairykj


“Saya nasihatkan Ambiga jangan terus mengugut kerajaan. Kerajaan telah banyak bertolak ansur dengan mereka. Dahulu mereka desak untuk guna dakwat kekal, kita dah setuju. Banyak yang telah kerajaan lakukan demi memastikan pilihan raya yang diadakan telus. Tak perlu nak adakan Bersih 3 sebab Pilihan Raya Umum (PRU) sudah semakin dekat. Tempoh matang pun dah nak sampai. Tunggu sahaja PRU nanti,” demikian ingatan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ambiga yang berura-ura mahu mengadakan Bersih 3 sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.


Menurut Khairy, tindakan Ambiga yang seakan mengugut kerajaan itu melampau kerana kerajaan telah banyak kali berlembut malah permintaan mereka juga dituruti oleh kerajaan termasukkan penggunaan dakwat kekal.

“Kita juga mahu pastikan kita melalui pilihan raya yang bersih dan telus. Kita tidak mahu menang dalam keadaan tidak bermaruah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah bersetuju untuk membersihkan daftar pemilih."

“Jadi untuk apa mahu mengadakan perhimpunan Bersih 3? Tunggu sahajalah PRU 13. Biar rakyat tentukan. Jangan sibuk nak mengajar kita sedangkan negeri yang mereka jaga kucar kacir,” ujarnya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers