Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 16 February 2012

Anwar Terkedu Dicabar @mpkotabelud Soal Royalti Minyak???...


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti mengemukakan butiran terperinci berkaitan janji beliau akan menaikkan royalti minyak Sabah dari lima hinga 20 peratus.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata Anwar, setakat ini gagal menjelaskan sumber dana bagi kenaikan royalti yang dijanjikan kerana ia akan bermakna mengurangkan peruntukan atau bajet bagi bidang lain.

"Menaikkan royalti minyak adalah salah satu janji yang ditaburkan pembangkang (jika mereka berjaya membentuk kerajaan)."


"Dalam sidang parlimen yang lalu, saya ada mengemukakan soalan iaitu jika Anwar menaikkan royalti minyak di Sabah kepada 20 peratus, bolehkah beliau memberi jaminan beliau tidak akan mengurangkan peruntukan negeri dalam bajet persekutuannya atau di dalam Rancangan Malaysia ke 11?"

"Namun beliau tidak berupaya memberikan jawapan mahupun sebarang jaminan...jadi sudah tentunnya Sabah akan mendapat royalti minyak yang lebih tinggi tetapi dalam pada masa yang sama berkemungkinan akan mendapat peruntukan dana yang lebih rendah dari kerajaan persekutuan di bawah pimpinan beliau," katanya lagi kepadaa wartawan semalam.

Rahman, menganggarkan, kenaikkan royalti sedemikian bagi negeri-negeri pengeluar minyak seperti Sabah, Terengganu dan Kelantan akan berjumlah lebih RM10 bilion setahun.

"Ingat...Anwar mahu mengekalkan subsidi, enggan menaikkan kadar cukai, menentang hutang yang lebih tinggi kerajaan dan mengemukakan cadangan membelanjakan lebih untuk royalti. Bagaimana beliau akan menguruskan semua kewangan ini?"

"Kesimpulan saya ialah lambat laun beliau terpaksa memotong peruntukan kepada negeri-negeri lain yang bukan pengeluar minyak dan negeri-negeri terbabit berhak mengetahui fakta tersebut," tambah beliau lagi,

Beliau juga menyelar Pakatan Rakyat dan menyifatkan pakatan itu tidak bertanggungjawab untuk menyatakan bahawa mereka akan memperolehi dana lebihan untuk membiayai kenaikan royalti tersebut hasil daripada pembasmian korupsi dan melalui rundingan semula perjanjan yang dikatakan berat sebelah.

"Tidak ada satu negara pun di dunia ini menggunakan anggaran penjimatan daripada rasuah sebagai asas menyediakan belanjawan mereka," ujarnya lagi.

1 comment:

  1. Sayangku tu mana tau apa-apa pun hal ekonomi.Dia tu hanyalah pakar dalam hal-ehwal bontot-membontoti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers