Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 29 May 2012

Ini Dalil Khas Buat Nik Aziz Bahawa Nabi Muhammad Bukan Macam Mamat Kampung...


Kepada 'ustaz-ustaz, tok guru-tok guru' yang berkenaan, ini jawapan dan dalil lengkap dari Murabbi Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz kepada kenyataan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.

1) Ada 'orang' yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW sebelum dilantik menjadi Nabi, Baginda sama macam mamat-mamat dikampung, tiada keistimewaan. 

Ini jawabnya :

Sila rujuk kitab 'Kelebihan Rasulullah SAW' yang dikarang oleh As-Syeikh Izzudin Abdul Aziz, yang diterjemah oleh Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman muka surat 8. Surah Al-Anbiyaa' ayat 107, "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam." 

Dalil dari hadis hasan dan sahih, Hadith; “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Baginda menjawab, “Sejak saat ketika Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” - riwayat Tirmidzi 

2) Ada yang mengatakan, ketika Nabi Muhammad SAW ingin dilahirkan, ibunya Aminah langsung tidak mengetahui bahawa yang dimengandungkan itu adalah bakal Nabi. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Kerasulan Nabi Muhammad SAW' intisari dari Sirah Nabawiyyah karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, m/s 24-25, m/s 52-53.

Dalil dari hadis Ibn Al Jauzi : Aminah telah berkata ketika beliau mengandung Rasulullah s.a.w “Saya tidak merasakan saya ini sedang hamil, juga tidak merasa berat seperti yang dirasakan oleh semua wanita yang sedang hamil, namun saya merasa syak wasangka kerana haid saya tidak datang, setelah itu datanglah seseorang kepadaku pada waktu ku dalam keadaan tidur dan terjaga lalu dia berkata:”Apakah engkau merasakan bahawa dirimu sedang hamil? Aku menjawab: Tidak tahu. Dia berkata lagi: "Sesungguhnya kamu telah mengandungkan bayi yang akan menjadi pemimpin dan nabi umat ini, waktu itu adalah hari Isnin"

Dalil dari Al-Quran iaitu dalam surah Toha ayat 38-40: iaitu kisah ibu Nabi Musa, "Tatkala Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya" dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. "Tatkala saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu: "Mahukah aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang tenteram hatinya dan supaya ia tidak berdukacita. 

Juga dalil dari Surah As-Saff, ayat 6: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibn Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"

3) Ada yang mengatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan bersunat, bersujud, diangkatkan jari, dan mendakwa kisah ini adalah kisah 'scoby-doo by-doo'. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Keistimewaan Rasulullah SAW' karangan Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki m/s 192-193, yang mengemukakan dalil hadis, Baginda bersabda: “Di antara kemuliaan yang diberikan ALLAH SWT kepadaku adalah, aku dilahirkan dalam keadaan sudah dikhitan, kerana itu tidak ada orang yang melihat aurat (kemaluan) ku.” (HR At-Thabrani, Abu Nuaym, al-Khatib dan ibn Asakir). 


Lupakah kamu dengan irhas para-para Nabi? Terdapat 17 nabi lain yang dilahirkan dalam keadaan berkhatan menurut Ibnu Qayyim.

4) Ada yang mengatakan Rasulullah SAW ketika sama macam budak-budak kampung yang lain. 

Ini jawabnya : 

Sila rujuk kitab 'Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad SAW' karangan Haji Zainal Ariffin Bin Abbas yang mengemukakan dalil hadis daripada Saidina Ali Bin Abi Talib "Saya tidak pernah terdetik untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah melainkan dua kali. Namun Allah melindungi saya daripada melakukannya. Kemudian saya tidak pernah lagi terniat untuk melakukannya sehingga Allah memuliakan saya dengan risalah ini."

Juga dalil dari Surah Ad-Dhuha, ayat 6-8, "Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi(mu). Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, (3) lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. " 

Nabi anak yatim, tetapi bukan seperti anak-anak yatim yang lain.

5) Ada yang mengatakan tidak boleh panggil Saiyidina. 

Ini jawabnya: 

Sila rujuk kitab '41 Kelebihan Nabi Muhammad SAW' m/s 18, Allah tidak pernah memanggil Nabi Muhammad SAW dengan nama Muhammad, tetapi Allah memanggil dengan panggilan yang mulia, 'ya ayyuhan nabi, ya ayyuharrasul'. Berbeza dengan para nabi yang lain, Allah memanggil nama, dalil surah Hud, ayat 48 (Nabi Nuh), surah As-Sad ayat 26 (Nabi Daud), surah Maryam ayat 7 (Nabi Zakaria) surah Maryam ayat 12 (Nabi Yahya)6) 

Ada yang mengatakan bahawa tidak perlu menyambut maulid Nabi, kerana kerja Maulid ini tidak pernah sudah. 

Ini jawabnya: 

Sila rujuk kitab 'Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad SAW' m/s 309-310. Dalil dari surah Maryam ayat 15, yang ditujukan kepada Nabi Yahya, "Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).", ayat 33 "Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan, dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". 

Kedua-dua dalil ini menunjukkan mengucapkan salam sejahtera adalah baik. Jika ada yang bertanya adakah Nabi pernah menyambut maulid atau tidak, 

Ini jawabnya: 

Sila rujuk kitab 'Sirah An-Nabawiyyah' karangan Prof. Asy Syaikh Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki m/s 64-65 membicarakan Rasulullah SAW membesarkan hari kelahiran Baginda. Dalil dari hadis : "menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku."

2 comments:

  1. Rasulullah di anak yatim yg dipelihara oleh ibu tumpang(ibu susu).Sejarah nya sebelum ibu angkatnya mengambil baginda sebagai anak susuan,gembalaan kambingnye kurang susu dan tidak subur membiak.Selepas menjadi ibu susuan kpd baginda,ternakan mnjadi subur dan membiak..tidakkah ini mnjadi satu petunjuk bhawa bginda semasa kecil bukan mcm bayi2 lain???uit nik ajis..ko baja kat mane nih?

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya adakah hadis sandaran penuls ini hadis sahih atau hadis hasan atau hadis doif atau hadis mauduk. Barulah boleh diadikan dalil. Ini main copy paste pada buku. Hanya ambil isi pada kulit tapi tidak pada syarah hadis atau syarah syarah hadis. Hidup Tuan Guru Nuk Aziz

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers