Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 3 May 2012

Puaka Niring : Misteri Permintaan Kematian Dirahsiakan...



MIRI: Permintaan supaya tidak mendedahkan kematiannya kepada sesiapa selain tidak mempunyai wang untuk urusan pengebumian dipercayai antara sebab mengapa kematian seorang ibu bersama anak perempuannya dirahsiakan selama hampir lima tahun sebelum mayat mereka dijumpai di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Pangkalan Lutong Baru, di sini, kelmarin.

Permintaan pelik wanita terbabit menyebabkan seorang anak perempuannya berusia 40-an yang tinggal bersamanya merahsiakan kematian itu termasuk daripada diketahui ahli keluarga.

Sumber polis berkata, setakat ini siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian dua beranak terbabit, namun mereka dipercayai sudah meninggal dunia sejak hampir lima tahun lalu.

Malah, katanya, bagi memastikan kematian itu tidak terbongkar, mayat dua beranak itu dibiarkan dalam bilik berkenaan dengan tingkap bertutup, sekali gus mengelak bau busuk dikesan sesiapa termasuk jiran.

“Bagaimanapun, setakat ini kami tidak dapat mengesahkan punca kematian atau motif lain di sebalik kejadian itu. Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk menyoal anak perempuan si mati dan anak saudaranya yang tinggal di rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dua rangka wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 49 tahun ditemui dalam sebuah bilik oleh seorang lagi anak perempuan mangsa berusia 40-an bersama suaminya ketika mahu menjenguk ibunya yang tidak ditemui sejak hampir lima tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers