Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 4 December 2012

Lokasi Sepatutnya #AES Dipacak Di Putrajaya... @NajibRazak @KhairyKJ






Sebelum nie gua ada berbunyi pasal AES nie tapi banyak plak yang serang gua kata gua tak patriotik sebagai penyokong kerajaan menyerang kerajaan kembali. Gua hanya menyokong suara Pergerakan Pemuda UMNO yang mahukan sistem AES ditangguhkan buat sementara dan lokasinya disemak kembali.

Gua setuju sebab ini la yang sebenarnya berlaku di Putrajaya tempat gua tinggal dah bertahun. Korang agak-agak pemandu kenderaan nie mati tak. Kejadian nie baru saja berlaku kira-kira setengah jam tadi kebetulan gua lalu tempat tu hendak ke Presint 15.

Mula-mula gua pun hairan bin ajaib macam mana kereta tu "baek" punya parking kat tengah-tengah pokok bunga tu. Kejadian berlaku di selekoh Jalan Timur nak ke Alamanda. Gua dah cakap sebelum ni selekoh kat Putrajaya ni memang bahaya.

Kalo korang tak caya korang boleh tanya orang Putrajaya. Kalo x caya gak pi IPD Putrajaya check statistik berapa banyak kemalangan kat selekoh sekitar Putrajaya berbanding kat tempat depa pacak kamera AES sekarang. Gua rasa sepanjang gua tinggal kat Putrajaya belum pernah gua nampak satu kemalangan pun kat situ.

Yang gua nak 'highlight'kan adalah lokasi tempat depa pacak kamera AES ni adalah lokasi yang strategik sebab jumlah kemalangan tinggi. Pecah perut gua. Gua cadangkan ada had laju sebelum masuk selekoh-selekoh di Putrajaya supaya kenderaan x la drift kat konar. Kat situ pacak la AES untuk pemandu yang degil.

Jawapan kepada soalan gua tadi, adakah pemandu kereta tu dah mati or masih hidup lagi? Jawapannya MASIH HIDUP. Siap boleh jalan-jalan lagi takda satu tulang pun yang patah tapi kereta korang tengok la sendiri.

Hairan Bin Ajaib kan......
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Salam.Bloh hebat ini sudah dpautkan. mohon kesudian memautkan blog saya semula.
    apple-biru.blogspot.com.tkiu..

    ReplyDelete
  2. Hebat!! Boleh parking atas pokok bunga... Tu laa... sedap sangat bawak laju tang korner... Keta hang tu dah la kecik...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers