Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 27 February 2013

Apakah Lahad Datu Bakal Bermandi Darah???... @HishammuddinH2O


Tempoh yang diberikan pasukan keselamatan Malaysia kepada kumpulan penceroboh dari negara jiran ke atas Sabah berakhir Ahad lalu sebelum dilanjutkan ke hari ini (Selasa) atas permintaan kerajaan Filipina.

Setakat ini belum kedengaran konflik yang didakwa setengah pihak sebagai dicetuskan oleh permainan janji kosong Anwar Ibrahim akan berakhir.

Tidak silap, polis pun sudah berkata akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Bermakna, operasi mengempur mungkin akan diadakan dalam masa terdekat andai tidak ada kata sepakat dicapai antara kedua belah pihak.

Sebenarnya, sudah hampir 3 minggu kerajaan Malaysia berlembut dengan kumpulan 180 lelaki yang sebahagian mereka bersenjata mendakwa dari kumpulan Tentera Diraja Kesultanan Sulu.


Ramai yang mahukan mereka digempur dan tidak diberikan muka.

Namun, jangan kita lupa, mereka semua adalah saudara seagama kita dan dari rumpun kaum yang sama. Takkanlah hendak ambil jalan mudah berperang dengan mereka tanpa memberikan peluang apa yang mereka mahukan.

Mereka sebenarnya telah ditipu dengan janji politik untuk diberikan tanah dan kuasa oleh indvidu tidak bertanggungjawab yang semua kita tahu siapa orangnya.

Kerajaan tidak mungkin akan memberikan janji demikian.

Pihak yang berjanji itu tahu, umpan kumpulan berkenaan masuk dengan membawa senjata, biarkan berlaku pertempuran dan ada yang mati.

Hasilnya, sebahagian rakyat Sabah yang memiliki pertalian saudara dengan puak yang datang ke Lahad Datu itu akan marah dengan kerajaan dan memberikan undi kepada pihak pembangkang.

Melalui kaedah itu, kemungkinan besar Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang dan seterusnya mungkin kerajaan Persekutuan juga bertukar tangan.

Untung siapa yang janji nak bagi tanah tu kan…

Yang huru-hara adalah kerajaan dan pasukan keselamatan serta mereka yang termakan janji palsu itu.

Kini, kita berdoa agar rancangan jahat pihak yang mengumpan kumpulan penceroboh berkenaan tidak menjadi kenyataan.

Harus diingat, andai pasukan keselamatan terpaksa mengempur kumpulan itu pun, dan berlaku kehilangan nyawa, jangan dipersalahkan kerajaan, tetapi individu yang bermain taktik jahat itu yang sepatutnya dikenakan tindakan.


Insiden di Lahad Datu sebolehnya jangan berakhir dengan konflik berdarah melainkan sudah betul-betul tidak ada jalan keluar. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers