Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 27 February 2013

Jangan Tertipu Dengan Manifesto Pembangkang!!!...


KN menyeru rakyat supaya tidak tertipu lagi dengan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) pakatan pembangkang.

Rakyat perlu memastikan sama ada manifesto itu janji pembangkang yang boleh dipegang atau sebaliknya, sebelum bertindak mengundi pembangkang semata-mata kerana manifesto itu.

Kalau pembangkang kata manifesto ini bukan janji yang tidak ada legal binding, jadi KN minta rakyat jangan percaya sangat dengan manifesto ini. Maksudnya mereka akan ditipu sekali lagi.
Kalau pembangkang jujur, beritahu kepada rakyat terlebih dahulu apa yang mereka faham tentang manifesto sebenarnya. Adakah tujuannya untuk membohongi rakyat, menipu rakyat…kalau mereka kata bukan janji, tolak awal-awal.

Kelmarin pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang PRU 13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pakatan pembangkang seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi negara apabila menjadikan manifesto itu sebagai dokumen 'main-main' dan tidak serius.

Manifesto pakatan pembangkang itu juga menimbulkan banyak persoalan kerana tidak dibuat dengan satu kajian yang menyeluruh dan penjelasan mengenai pelaksanaannya.

Contoh pengurangan duti eksais kereta supaya kereta import menjadi murah yang akan mengakibatkan kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak RM6.4 bilion.

Pembangkang nak 'cover' macam mana, apa yang mereka nak buat untuk 'cover' pendapatan kerajaan melalui duti eksais yang akan hilang.

Pakatan pembangkang juga masih berteka-teki berhubung calon perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya nanti.

Macam mana mereka boleh umum manifesto tapi tidak berani umum siapa bakal perdana menteri. Kalau siapa bakal perdana menteri pun tak berani nak umum, di mana rakyat nak ada keyakinan tentang kesungguhan mereka nak melaksanakan manifesto itu. Mereka kena tegas siapa nak memimpin negara ini.

Sekali lagi kita mesti tolak segala apa yang pembangkang janji sebab belum tentu depa akan tunaikan janji jika menang. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









2 comments:

  1. kesian tok-tok siak, imam, tahfiz, bilal, ketua kampung, penghulu, tok empat, penggawa kita. Bila 1MDB dibubarkan mengikut manifesto fuckatan mereka tak dapat lagi pergi haji dengan tajaan kerajaan. Terpaksa mereka dan keluarga mereka memendam rasa.
    Kesian 1MDB mahu dimusnahkan kerana kedengkian DAP terhadap amal jariah yang PM buat untuk tolong umat islam kurang berkemampuan tunaikan haji. Lepas ni umat Islam boleh bagi bunga pada DAP dan PKR tanda terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Setakat janji saya pun boleh sebut.kalau saya jadi pm saya akan turunkan harga minyak.tapi turun sebanyak 1 sen je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers