Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 26 February 2013

[Mesti Baca] Kantoi!!! PR Akui ‘Terlepas Pandang’ Royalti Kelantan & Terengganu???...


Pakatan Rakyat mengakui 'terlepas pandang' isu tuntutan bayaran royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak yang didapati tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat'.

Salah seorang anggota jawatankuasa dasar tersebut Dr Dzulkefly Ahmad mengakui bahawa manifesto itu hanya menyebut pemberian royalti petroleum dan sumber hidrokarbon kepada Sabah dan Sarawak dari 5 peratus ke 20 peratus.

"Ia silap. Sepatutnya ditulis 'negeri pengeluar minyak, bukan Sabah dan Sarawak' sahaja.

"Bila dicetak ia tidak datang begitu (iaitu menyebut) negeri pengeluar minyak. Ia amat diralati. Kami telah difahamkan semalam," kata MP Kuala Selangor itu.

Katanya lagi, anggota jawatankuasa manifesto Pakatan itu, pihaknya selepas ini akan mencetak manifesto tersebut dengan menulis 'negeri pengeluar minyak".

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers