Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 13 April 2013

“Hujah Kita Gagal Bunuh Manifesto BN”???...


Setakat yang KN lihat di media-media sosial, blog dan sebagainya, tidak banyak atau tidak ada hujah dari Pakatan Rakyat yang membincangkan tentang Manifesto BN, melainkan dakwaan bahawa Manifesto itu meniru Manifesto yang dikeluarkan Pakatan Rakyat dengan lebih awal.

Rafizi Ramli sendiri selaku orang yang bertanggungjawab menyediakan manifesto tersebut ketika dalam sidang media semalam, tidak pula menjelaskan bagaimana Manifesto BN itu perlu ditolak oleh rakyat. Yang disebut hanyalah dakwaan bahawa 14% sahaja dari manifesto BN yang tulen, sementara bakinya diceduk bulat-bulat dari Manifesto Pakatan Rakyat.

Mungkinkah sebab terlalu banyak persamaan maka itu tidak ada perbincangan langsung mengenainya?

Tapi yang KN lihat hanya 3 sahaja persamaan yang selalu diketengahkan, berbanding 150 perkara (maklumat dari Internet) yang dibentangkan Najib semasa pelancaran Manifesto tersebut pada Sabtu lepas iaitu penurunan harga kereta, pembinaan lebuhraya Pan Borneo Sabah & Sarawak serta permit teksi individu.

Mana baki yang lain?


Ini yang buat rakyat keliru sekarang dan sepatutnyalah Pakatan Rakyat turun padang menjelaskan satu persatu mengenai kelemahan dalam Manifesto BN tersebut, bukan sekadar mengatakan itu dan ini ditiru sahaja.

Selain itu, timbul juga persoalan kenapa Pakatan Rakyat tidak membawa perkara ini ke Mahkamah? Kita patut saman BN kerana meniru dan menceduk idea kita sehingga menimbulkan keresahan dan kekeliruan di kalangan rakyat untuk memilih kerajaan mana satu dalam kempen pilihanraya yang akan datang…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers