Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 10 April 2013

Terkini!!! : Teka Teki Sapa Calon BN Untuk PRU13 Akhirnya Terjawab Hari Ini???... @NajibRazak


Tengahari ini bertempat di Dewan Merdeka PWTC, teka-teki yang sekian lama menyelubungi dunia politik akhirnya akan terjawab bila mana PM sampai sebentar lagi.

Seiring dengan mesyuarat SPR hari ini yang akan menentukan tarikh Penamaan Calon dan tarikh Mengundi, PM juga bakal mengumumkan senarai calon-calon BN diperingkat Parlimen untuk PRU13. Seluruh wakil dalam komponen BN termasuk wakil-wakil rakyat sedia ada juga kelihatan mundar-mandir di sekitar PWTC. Masing-masing kelihatan resah memikirkan sama ada masih dikekalkan sebagai calon atau bakal digantikan dengan muka baru.

Pemimpin-pemimpin parti komponen BN kelihatan bersama penyokong masing-masing kelihatan ke hulu ke hilir mungkin resah menantikan pengumuman PM yang masih belum tiba.

Siapa yang terpilih menjadi calon masing belum diketahui kerana hanya Allah dan PM saja mengetahuinya. Kepada calon-calon yang berjaya menjadi pilihan PM untuk bertanding atas tiket BN, berusahalah dengan bersungguh-sungguh mengambil hati pengundi dan rakyat menyokong kerajaan.

Kepada yang tidak tersenarai walaupun jika sebelum ini sudah ada ura-ura bakal menjadi calon, bantulah calon yang terpilih sebagaimana anda dibantu ketika menjadi calon dulu. Janganlah ada rasa kecewa lantas menimbulkan rasa dengki hingga membawa kepada pengkhianatan dan sabotaj kepada calon. Masa dan peluang anda telah diberikan selama sepenggal. Muhasabah diri kenapa tidak lagi menjadi calon.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers