Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 11 April 2013

Pas Nak Lawan PKR Di Pulau Pinang, Apa Sudah Jadi Dengan Pakatan Rakyat?


APABILA Mynewshub.my mendedahkan betapa 'peritnya' senario yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dalam isu pembahagian kerusi, ramai yang menganggap ia cuma satu propaganda murahan.

Namun bak kata pepatah Melayu, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

Betul, isu pembahagian kerusi merupakan satu masalah besar yang menghantui mana-mana parti komponen tak terkecuali Barisan Nasional (BN).

Namun cantiknya BN ialah mereka mampu bersatu hati dan menyelesaikan masalah tersebut dengan penuh 'tertib dan bergaya' sekali tanpa perlu masing-masing menjunjung ego yang keterlaluan.

Benar, ada orang UMNO marah bila kawasan putih mereka diberi pada MCA dan sebaliknya sebagai contoh.

Namun di akhirnya, semua akan menyokong dan bekerja untuk wakil yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan tanpa perlu meroyan tak tentu pasal.

Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat.


Masing-masing cuba nak jadi jaguh, masing-masing dakwa parti mereka kuat, masing-masing tak mahu mengalah…apatah lagi bila mereka dah anggap PRU-13 sudah menjadi milik mereka!

Masing-masing dah berangan nak jadi Perdana Menteri, Menteri dan macam-macam jawatan dalam kabinet…hingga benda paling asas iaitu perpaduan sesama mereka sendiri menjadi rapuh dan goyah sama sekali.


Contoh apa yang berlaku malam tadi, Pas mengumumkan akan berlawan dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat – PKR – dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh dengan meletakkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah (di bawah) sebagai calonnya di situ.

Keputusan itu dibuat selepas Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman mengumumkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya Tebal Nibong.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man membuat pengumuman tersebut di Pongsu Seribu – kubu kuat parti itu di Tasek Gelugor.

Beliau berkata, pihaknya yakin calon-calon parti itu boleh menyapu bersih semua kerusi dalam pertandingan dengan Umno.

Menurut Salleh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang panjang dengan kepimpinan PAS di Kuala Lumpur, semalam.

"Keputusan kami adalah muktamad," katanya, sambil menambah bahawa kepimpinan pusat juga telah memutuskan senarai calon untuk seluruh negara.

Nampak, belum pun sampai tarikh pencalonan lagi, dah berlaku perkara sebegini.
5 Mei ini adalah tarikh mengundi, ingat, jangan salah buat pilihan.

Dalam satu kapal hanya boleh ada SATU NAKHODA…kalau anda rasa anda boleh naik sebuah kapal yang ada tiga atau empat kapten sekaligus, anda dipersilakan untuk berbuat demikian.


Tapi jangan salahkan takdir jika kapal tak sampai destinasi, jangan marahkan Tuhan jika kapal hanyut tanpa haluan, dan yang paling penting jangan salahkan orang lain kalau kesemua kapten itu meninggalkan anda terkapar-kapar jika datang gelombang yang ganas! - Mynewshub.my 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers