Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 10 April 2013

Terkini!!! Penamaan Calon 20 April / Pengundian 5 Mei???


HARI ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bersidang bagi menentukan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Daripada maklumat dan pengiraan yang diterima, penamaan calon dijangka akan dibuat pada hari Sabtu, 20 April.

Ia akan diikuti dengan tempoh berkempen selama 15 hari.

Jika ramalan itu tepat, maka PRU-13 dijangka akan berlangsung hari Ahad, 5 Mei.

Jangkaan tarikh di atas hanya ramalan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata, pengundian tidak semestinya akan diadakan pada hari cuti hujung minggu seperti kelaziman.

Kata beliau, ia boleh diadakan pada hari berkerja.

Antara faktor yang menurutnya akan dipertimbangkan oleh SPR ialah tarikh pengundian adalah pada hari yang tidak ada aktiviti kebudayaan atau upacara keagamaan mana-mana kaum.

Faktor cuaca juga akan diberikan perhatian kata beliau.

PRU-13 katanya akan mempunyai 35 pemerhati dari lima negara anggota Asean iaitu Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Thailand.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers