Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 28 February 2012

Puaka Niring : Misteri Dompet Yang Hilang 35 Tahun Lalu Ditemui Semula...


Seorang bekas tentera laut terkejut selepas mendapat semula dompetnya yang tercicir ketika menyambung paip di atas loteng sebuah rumah di Spring Hill, di sini, kira-kira 35 tahun lalu.

Gean Brown Jr memperoleh dompet berkenaan selepas pemilik baru rumah berkenaan, Shawn Wyckoff memulangkan kepadanya, minggu lalu.

“Dompet saya hilang ketika saya melakukan kerja-kerja pemasangan paip di atas loteng rumah berkenaan."

“Selepas berusaha mencarinya, akhirnya saya mengalah dan membiarkan sahaja."

Kes Tangkap Basah Badrulamin ‘Mengganggu’ Himpunan Hijau


Tidak semena-mena impak yang diharapkan dari Himpunan Hijau terhadap Lynas tidak menjadi dan sebaliknya publisiti beralih kepada Badrulamin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Badrulamin Bahron yang di dalam rangka aktiviti Himpunan Hijau di Kuantan telah ditangkap khalwat di Hotel Swiss Garden Kuantan. Bagaimanapun, beliau tidak mengaku salah dan menuduh bahawa tangkapan itu adalah ‘komplot terancang’ daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Nampaknya, bukan Anwar sahaja yang menjadi ‘mangsa komplot’ perangkap seks tetapi semua pemimpin PKR tidak terkecuali dari kemungkinan menghadapi masalah yang sama.

Penangkapan ini sekali gus ‘mengganggu’ strategi PR untuk menjadikan Himpunan Hijau sebagai tajuk berita utama. Sebaliknya, negara digemparkan dengan berita Badrulamin memberi kaunseling rumahtangga kepada isteri orang pada jam 3.00 pagi! Adalah dikhabarkan bahawa ketika pintu dibuka, Badrulamin hanya bertuala.

Monday, 27 February 2012

Panas : Lagi Pemimpin Kanan PKR DiTangkap Khalwat???...


Sehari dua ni Kulaan agak sibuk dengan program belia dalam kawasan kediaman Kulaan di Putrajaya jadi tak berapa nak sempat tengok apa yang berlaku di dunia blogesfera.

Tup... Tup... Kecoh pasal satu kes tangkap basah yang berlaku pada seorang pemimpin PKR dengan isteri orang. MasyaAllah... Apa nak jadi dengan pemimpin PKR la ni. Macam-macam hal la depa ni. Ini pemimpin yang bertaraf ustaz pulak tu.

Kulaan tak berani nak cerita detail pasal belum ada maklumat mengenai perkara sebenar. Sehari dua heboh gak dalam blog-blog pasal cerita tangkap basah ni.

Ini Rupanya Kondo Lembu Yang NFC Beli Mahal Giler Tuh...


Kulaan sempat jalan-jalan di sekitar Bangsar hari ini lalu dipelawa seorang rakan untuk makan di Bangsar Shopping Complex di tingkat 4.

Sedang enak menjamah juadah yang dibelanja oleh sahabat Kulaan, Kulaan ditanya oleh sahabat Kulaan :

Sahabat : kau tau citer pasal lembu NFC?

Kulaan : tau gak skit-skit tapi detail tak ler berapa arif. Kenapa?

Sahabat : kau tau macam mana rupe nyer kondo lembu NFC.

Kulaan : dalam blog ada la tengok. Itu pun gambar jer.

140 Kampung Lagi Bakal Nikmati Kemudahan Jalur Lebar.. @ZambryAbdKadir



Sebanyak 140 buah kampung di Perak akan dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 250 buah kampung tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, pada peringkat pertama, sejumlah 192 kampung di negeri itu sudah dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar manakala untuk peringkat kedua pula, 15 buah kampung telah menikmati kemudahan sama.

“Untuk peringkat ketiga ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang memproses tender untuk menyediakan kemudahan jalur lebar kepada 140 kampung di Perak."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers