Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 27 February 2012

140 Kampung Lagi Bakal Nikmati Kemudahan Jalur Lebar.. @ZambryAbdKadir



Sebanyak 140 buah kampung di Perak akan dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 250 buah kampung tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, pada peringkat pertama, sejumlah 192 kampung di negeri itu sudah dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar manakala untuk peringkat kedua pula, 15 buah kampung telah menikmati kemudahan sama.

“Untuk peringkat ketiga ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang memproses tender untuk menyediakan kemudahan jalur lebar kepada 140 kampung di Perak."

“Jika ini dapat dilaksanakan kelak, jumlah kampung tanpa wayar di Perak meningkat kepada 250 buah dan apabila siap sepenuhnya, kita akan lihat dan kaji kawasan lain pula menikmati kemudahan jalur lebar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Pulau Pangkor, pagi ini.

Hadir sama, Pengarah SKMM Wilayah Utara, Mohd Husin Ali.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry yang juga Adun Pangkor, berkata lebih 91,000 buah komputer 1Malaysia sudah diagihkan kepada golongan murid dan pelajar yang kurang berkemampuan di negeri itu.

Tegasnya, untuk peringkat ketiga ini, sebanyak 34,000 komputer 1Malaysia akan diserahkan kepada golongan sasaran secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata lagi, di bawah program perkhidmatan sejagat SKMM, kerajaan mewujudkan Pusat Komuniti Jalur Lebar di seluruh negara dan setakat ini, 15 daripadanya dibina di Perak.

Selain itu, 11 buah mini pusat jalur lebar turut disediakan untuk kemudahan rakyat di negeri itu berinteraksi di alam maya, katanya lagi.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Zambry menegaskan minat masyarakat untuk mendalami teknologi maklumat semakin meningkat terutamanya di kalangan generasi muda.

Untuk itu, kerajaan katanya, akan memastikan setiap kawasan di negeri itu dilengkapi kemudahan jalur lebar bagi memberi peluang kepada rakyat berinteraksi menggunakan internet.

“Perak adalah negeri pertama di negara ini yang memperkenalkan pelan strategi untuk meletakkannya sebagai negeri tanpa wayar dengan melaksanakan pelbagai program teknologi maklumat (IT) di bawah seliaan KPerak INC,” kata Zambry lagi.

Sementara itu, Mohd Husin berkata, Karnival Jalur Lebar 1Malaysia itu dapat mendedahkan masyarakat tempatan dengan perkembangan terkini dalam industri teknologi maklumat.

“Sempena karnival ini juga, kita berjaya mendedahkan 60 usahawan kecil dengan perniagaan secara online yang boleh mengembangkan pasaran produk mereka, sekaligus meningkatkan keuntungan yang diperolehi sebelum ini,” katanya lagi.

Sumber - PerakToday





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers