Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 18 August 2014

Kementerian Pertanian Tekad Bantu Pesawah Kena "Karah Padi"!!! #DSIS @Ismail_Sabri60


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mendapatkan laporan lengkap mengenai penyakit karah padi (perang) yang melanda sawah padi di seluruh negara baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia adalah langkah dan pendekatan terbaik untuk membantu petani terlibat mengatasi bebanan dan kerugian akibat serangan penyakit tersebut.

Beliau berkata pada masa kini, kakitangan kementerian melalui jabatan pertanian dan jabatan berkaitan sedang mengumpul data serta maklumat terperinchi dan menyeluruh termasuk jumlah keluasan, kerugian dan jumlah petani yang terlibat untuk diambil tindakan lanjut.

"Kita belum lagi mempunyai maklumat terperinci dan tepat dan berdasarkan maklumat awal, jumlah yang terjejas tidaklah besar sangat dan tidak melibatkan keseluruhan petani.

"Oleh itu sebarang bentuk bantuan belum dapat diputuskan kerana kita perlu menunggu laporan lengkap dan melihat cadangan bagi mengatasi masalah itu," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan nasib yang menimpa petani dan sentiasa berusaha secara berterusan bagi membantu golongan itu agar mereka tidak terus menanggung kesusahan dan menderita.

Katanya meskipun ia tidak membabitkan jumlah kawasan yang luas, namun penyakit karah padi dikesan turut berlaku di negeri jelapang padi iaitu Kedah.

"Walaupun ia tidak banyak, bagaimanapun ia turut menjejas pendapatan petani di kawasan berkenaan dan ia tidak menjejaskan pengeluaran padi secara keseluruhan dan masalah ini akan dapat diatasi dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, 17 August 2014

3 Sebab Kenapa Noh Omar Mula Diserang??? @nohomar @umnoselangor


Artikel mula-mula cuit Noh Omar oleh Mat Kilau Penang KLIK SINI

Dijawab oleh Kulaan Niring KLIK SINI

Ditanya pulak oleh The KL Chronicle KLIK SINI 

Jawapan daripada Sangkakalajari9 KLIK SINI 

Dan juga jawapan tepat dari PusakGagahSarawakMansang KLIK SINI

Juga jawapan bikin The KL Chronicle naik angin plak KLIK SINI

Dengan terkedu jawapan mula diterima The KL Chronicle tapi ditambah plak dengan 3 soalan tambahan KLIK SINI 

Menarik... Memang menarik senario yang mula berlaku ni. Bermula dengan seorang blogger Penang di tambah dengan seorang blogger KL. Mungkinkah akan ditambah pula lepas ni dengan geng blogger dari Selangor bertanyakan pelbagai persoalan kepada Noh Omar yang sebelum ini takda plak nafsu depa nak bertanya. Mungkin dah dekat ura-ura Dewan Undangan Negeri Selangor bakal dibubarkan dek kerana pertelagahan jawatan Menteri Besar antara Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim yang bernafsu besar mahu menjadikan bini dia sebagai MB kot.

Biar gua plak nak 3 tanya soalan kat depa boleh :

1. Yang menjadi persoalan pertama di sini pula kenapa sekarang baru mereka-mereka ini ingin bertanya dengan Noh Omar tapi kenapa tidak sebelum ini dan tidak sebelum krisis perebutan jawatan MB Selangor. 

2. Adakah persoalan ini ditanyakan kepada Noh Omar ada kaitan dengan jika Pilihanraya Negeri Selangor berlaku. Ala.... takkan korang tak faham lagi permainan depa nie bila sentuh soal Pilihanraya yang gua rasa depa ni berminat sungguh dengan pilihanraya. Maklum la gua rasa depa ni antara yang suka dengan pilihanraya. 

3. Soalan gua paling penting ni ialah adakah blogger-blogger ini menerima arahan dari "tangan-tangan ghaib" untuk mula bertanya dengan Noh Omar ketika krisis perebutan jawatan MB dalam pakatan Rakyat tengah "PANAS" sedangkan gua tengok semua orang terarah kepada isu perebutan jawatan MB Selangor dalam pakatan Rakyat yang tidak ada kaitan langsung dengan UMNO.

p/s : soklan-soklan lain nanti-nanti la gua tanya... kalo depa banyak soklan, gua pun banyak gak soklan nak tanya. Biar kita sama-sama bertanya soklan sambil bertanya khabar... 


Friday, 15 August 2014

Lensa Niring : Umat Islam Membanjiri Dataran Merdeka #DoaUntukMalaysia





Panas!!! Selangor Bakal Dapat MB Baru Tapi Bukan Wan Azizah???? Ini Orangnya????


Maklumat dari sumber dalaman PKR bahawa Anwar Ibrahim akan mengumumkan PKR dan DAP telah membuat persetujuan untuk melantik ADUN Ijok sebagai Menteri Besar yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Datin Seri Wan Azizah diketepikan dari menjadi MB Selangor bagi menarik semula PAS ke dalam Pakatan Rakyat dengan perlantikan Dr Idris (ADUN Ijok). 

Anwar Ibrahim dilaporkan cukup risau apabila PAS keluar dari Pakatan Rakyat memandangkan jentera PAS yang ramai pasti melemahkan PKR jika PAS keluar dari Pakatan. 

Dr Idris DUN Ijok sebelum ini telah menjadi pilihan PAS dan dengan berita terbaru ini Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat bakal tersingkir dalam perebutan kuasa di Selangor. Pengumuman calon MB baru ini akan dibuat dalam masa terdekat oleh Anwar Ibrahim. 

Sumber : - Sir Azri -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers