Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 26 November 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram Daripada Kulaan...


Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. 

Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun. Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie. Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. 

Kerana Anwarlah Rakyat Indon Mula Cari Pasal Dengan Malaysia!!!!


Perbuatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan negara dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini disifatkan sebagai mengkhianati negara dan langsung tidak patriotik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kelakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jelas menjatuhkan imej negara tanpa memikirkan kesannya termasuk perasaan rakyat Malaysia.

PRU Berasingan Merugikan Rakyat...


Pilihan raya umum (PRU) yang dijalankan secara berasingan tanpa melibatkan negeri dikuasai pembangkang, hanya merugikan kerana terpaksa me ngeluarkan perbelanjaan tinggi untuk proses pilihan raya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ianya suatu pembaziran sekiranya terpaksa mengadakan dua kali PRU kerana kosnya amat tinggi.

AUKU : Adakah Mahasiswa Kita Benar-benar Sudah Matang Untuk Berpolitik?


Kebanyakan universiti di negara maju seperti Eropah, utara Amerika dan beberapa negara Asia membenarkan mahasiswa di negara mereka terbabit dalam politik, malah sesetengahnya membenarkan parti politik memasuki kampus.

Ada juga universiti menubuhkan kelab mewakili parti politik yang terbabit secara langsung setiap kali pilihan raya kampus dijalankan, namun apa membezakan keadaan di sana dengan Malaysia adalah mahasiswa di negara berkenaan matang berfikir dan pandai membahagikan di antara pelajaran dan berpolitik.

Friday, 25 November 2011

AUKU : Akhirnya Mahasiswa Dibenarkan Berpolitik...


Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya untuk lebih terbuka memberi kebebasan kepada rakyat dengan mengumumkan hasrat kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan membenarkan penuntut mencapai usia 21 tahun menyertai parti politik. 

Namun, bagi menjaga kepentingan peranan universiti sebagai institusi pendidikan, politik kepartian dilarang dibawa ke dalam kampus. Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan sebagai menghormati hak Perlembagaan mahasiswa negara yang kebanyakannya sudah mencapai umur baligh undang-undang atau 'age of majority'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers